Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 27, 2011

Pre-Wedding Photoshoot: Back To School Part 2



Yayyy Finally dah settle pre-wedding photo shoot hari tu kat sekolah kami yang indah permai tuuuu Lama jugak la plan nak buat benda ni. Sampai beli uniform baru. Orang tu tak mau pakai uniform pinjam. Ada ka patut? Nasib baik ada jugak cousin yang sekolah lagi. So buleh la bagi depa pakai uniform tu lepah ni. HEHEHE

Hasil ayaq tangan En.OP kami memang terbaek lah. Macam yang ampa semua tau kami dua orang memang menghadapi masalah kulit muka dan kulit badan yang agak kronik. Sorang kena demam campak sorang kena serangan bakteria jerawat yang memang kronik sunggoh la ni. Harap masa big day nanti semuanya pulih seperti sedia kala. Aminnnn 

Sepanjang photoshoot memang dok bising la kat En.OP mintak dia shoot kot belah hat tak dak jerawat. HAHA. Mesti dia dok hangen ja dengan akuuuu Yang gambaq Popo plak banyak yang blur sebab tak mau bagi parut chicken pox dia nampak sangat. Memang kami dua orang buat pesanan penaja awai² dah kat En.OP nanti edit gambaq buang semua parut yang ada tauuuuu Nasib baik dia faham. Hehe

Yang mana ada facebook saya ramai dah tengok gambaq pre-wedding tu. Alhamdulillah. Semua suka kot no? HEHE Tapi yang tak dak buleh la p tengok kat blog En. OP kami iaitu En.Nazri Ahmad sebab kalau tengok kat situ lagi clear. Gambaq besaq-besaq dia letak! Nasib baik la dia edit jugak muka kami dua orang. Kalau tak.. Memang nampak parut tu yang lebih daripada nampak tuan punya badan. HAHA 

Sekian! Nak kena get ready untuk outdoor photo shoot la plak lepaih niiii

Sunday, June 26, 2011

Pre-Wedding Photoshoot: Back To School Part 1



Bila Mr.OP nak upload lagi gambaq pre-wedding semalam ni???
'Ana rasa sangat tak sabar mau tengok itu foto lah
(Baca dalam intonasi Ali Baba Bujang Lapok) HEHE

Sunday, June 19, 2011

Movies Oh! Movies

Lamanyaaaaaa tak tengok movie. Rasanya since bulan 5 lepaih baru 4 kali tengok movie termasuk hari ni. Kesian kan? Dah la time summer ni yang banyak movie baru yang best² nak kuaq. Tapi apakan daya.. Bila dok umah of course la peluang nak p tengok movie amat tipis sekali. Dulu pantang free ja mesti p Queensbay tengok movie. Pantang class cancel ja tengok movie. Pantang takdak kelas petang ja mesti p tengok movie. Pantang orang ajak ja mesti p tengok movie. 

Tapi la ni aku dah macam orang dalam pantang la plak. Langsung tak kuaq tengok movie kotttt Mungken sebab faktor kekangan masa Cewah! Dah pandai dok berkekang-kekang dengan masa la ni. Baru prektikel. Try bila dah keja esok. Lekang teruih kotttt HAHA Lagi satu mungken faktor tak dak geng nak tengok movie. Geng yang kat umah ni asyik ajak p makan kenduri jaaa So how??? Tapi kira ok la tu kan? At least hujung minggu terluang jugak dengan menghadiri kenduri kawen. Lepaih tu mesti la teruih cari barang kawen. Aku rasa pekerja kat situ dah cam muka aku kot? Every week p kedai depa dok beli barang. HAHA

OK. Kan dah termelalut? Sebenaqnya nak cerita pasai movie hari ni ja. Ada orang tu kaaannn Lepaih tengok KL Gengster dan² jadi Abang Long. Lepaih tengok X-Men First Class plak dan² jadi Mekneto Magneto. Pergh! Aku layankan je la. Tak layan merajuk plak ye dak? Orang demam ni memang lagu tu kot? Nak-nak lagi demam campak. Rasa macam nak campak ja time dia jadi Magneto tu. Haish!

X-Men First Class bagi (pendapat) KakWan tadi memang FIRST CLASS lah! Dia punya story line senang nak faham.. Dia punya plot tak meleret-leret.. Memang terbaek lah! So dari  prequel ni baru la kita tau sapa Prof.X.. sapa Magneto.. sapa Mystique & sapa² lagi la yang terlibat. Kan? Masa starting pun dah terpana tengok kecomelan Mystique masa kecik². 

Alolo.. Comelnyaaaaa Rasa macam nak gigit ja! 
























Tapi yang tahannya masa depa jumpa Wolverine kat bar. Agak-agak dengan sepotong ayat - Go f*** yourself! tu berapa la payment yang dia dapat ha? HAHA Nak tanya. Lepaih credit tu ada tunjuk pape tak? Sebab kami teruih keluaq tadi. Memang tak tunggu sampai habih sebab takut Puan Kumah mengamuk. Sekian

Dan untuk KL Gengster plak. OK la. Action dia buleh tahan la best. Nampak real. Hensem gila Malek (Aaron Aziz) masa gaduh kat market! Tapi lagi best kalau semua scene lawan tu depa buat close-up ja. Mesti nampak lagi real. Daripada long-shot yang nampak macam tengah training taek-won-do jaaaa Haih! Fail sunggoh kat situ. 

Haaa Kan aku dah kata macam traing taek-won-do. Ka training zapin ni???





















Yang dengan Si Sol (Shark) tu asyik cakap macam orang Cina ja.. Pasepa? Ingatkan dengan orang Cina ja dia cakap macam tu.. Tengok² dengan bapak tiri dia yang Melayu pun dia cakap lagu tu jugak. So untuk sedapkan hati saya anggapkan bahawa mak beliau adalah Cina sebab tu la dia cakap lagu tu. HAHA Maybe untuk KL Gengster 2 depa nak buat prequel macam X-Men First Class kot? Kira nanti dia akan cerita semua dari mula macam mana King & Malek jadi Taiko besaq kat KL tu.. Macam mana Malek buleh masuk penjara.. Baik ke tak adik pompuan Malek tu masa dulu².. Dan yang penting maybe dia akan reveal sapa mak Shark yang sebenaqnya. HAHA Betui dak?? Tapi ni semua saya agak² sendiri la. Nak tau betui ka dak kita tengok la KL Gangster 2 nantiii HEHEHE

Eh?? Tak sangka plak buleh ter-review dua movie ni. Sebelum ni tak penah buat pun. Panjang plak tuuuu Bai! =P


Thursday, June 16, 2011

Bridezilla atau tidak? Tepuk dada tanya selera lah. Eh??

Phewww

Sejak maken menjelang hari nak kawen ni kondisi badan maken bertambah teruk. Betui ka ni nama sindrom bridezilla? Menakutkan sungguh kot??? Sebelum ni muka jarang sangat nak naik jerawat. Tapi la ni jerawat dengan pipi saya ni dah macam isi dengan kuku, macam aur dengan tebing.. Memang langsung tak buleh dipisahkan. Hilang sebijik ganti plak lagi 3 bijik. Gila ka apa??? Awat la waktu-waktu getir ni baru nak hinggap segala jenis noda kat muka?? Parut lama tak dan nak hilang jerawat baru tumboh balik T.T

Kekurusan badan? Ohhh jangan mimpi la. Seinci pun tak kurang kot??? Jadinya berserah saja pada yang Esa. Tadah tangan dan bersyukur. Selagi sehat tubuh badan dan dijauhkan segala penyakit saya dah syukurrrrr sangat! Bak kata Kak Jue.. Awat??? Semua pengantin kena kuruih ka?? Sentaps mak nak bila dengaq statement tu. HAHA Tapi betui la jugak. Mindset kita dah lama dok kata kuruih tu cantek. Gemok tu huduh. Tapi kena ingat jugak.. Beauty comes in different sizes. Tak semestinya orang gemok tu semua huduh kan??? Dan tak semua orang kuruih tu cantekkkkk Ayat cover niiii Sebenaqnya aku memang nak kuruih jugak punnnn tapi tak buleh!

Tapi se- stress² saya kan.. Ada orang lain yang lagi melampau stress. Saya ni stress naik jerawat kat muka ja. Orang tu kaaannnn Stress naik jerawat satu badan. Dengan kata lain kena chicken pox. Entah sapa la yang p campak virus tersebut dekat beliau. Hai sayangku yang bukan Seth Tan. Sila la cepat sembuh dari penyakit tersebut. Lagi berapa hari ja kita nak menikah. Takkan la nak amik gamaq nanti dengan muka bertompok? Satgi orang mai kenduri kita confuse kita ni jelmaan rimau bintang ka orang. Huuuuu

Finally.. tataplah gambarku yang berjerawat ini sambil mendoakan jerawat-jerawat tersebut cepat hilang dari pipi kanan ku itew (Sebab nak mintak doakan KakWan cepat kuruih memang mustahil dah) . Aminnnnn

Walaupun berjaya menternak sekolam jerawat namun KakWan masih mampu tersenyum. Alhamdulillah!


Bai =)

Saturday, June 11, 2011

This is the 2nd sweetest thing (After Seth Tan)!

Kalau sebelum ni ada yang siap buat petisyen nak hantaq kat TV3 pasai nak komplen ke-sweet-an Seth Tan yang sangat menjadi dambaan isteri² kat umah & para gadis mula buat list nak dapat calon suami yang romantik macam tu. Maybe lepaih ni para laki (bujang) seluruh Malaysia jenuh nak cari idea nak propose awek depa secara hebat plak lepaih tengok video ni. Pergh! Tak termampu kot? Mampu berangan jaaaaa Memang gila lah!

P/S:  KakWan redha bakal suami KakWan tak seromantik tu. Tapi bersyukur ya amat kalau beliau ada effort nak buat lagu tu. Ya Allah Ya Tuhanku.. Romantikkanlah bakal suami ku nanti (buleh?) Aminnnnn

Monday, June 6, 2011

Prektikel Oh! Prektikel

Ingatkan ektiviti ni dah tak berlangsung time prektikel ni. Tengok² berlangsung jugak ok??? Pergh! Sumpah sampai ofis tak tau nak buat apa. Internet limited & keja tak banyak. Memang mati kutu la tak tau nak buat apa. Last² tanpa ku sedar mata tertutup rapat sampai lebih sejam siap mimpi lagi. Bila sedaq ja tengok² dah cukup time balik. HAHA Siap² teruih punch card & cha alip ya but. Tunggu apa lagi kan? HEHEHE



p/s: Tinggal lagi 6 minggu nak prektikel. Yay! Lamanya lagi!

Rindunyaaaa Kat Sweet Tan!

Gila lama tak update belog. Takat letak gambaq jaaaa sebab hat tu ja yang saya paling rajen nak buat. HAHA! Dok kat umah ni nafsu untuk online teruih jatuh merudum hingga ke tahap -10. Facebook pun update 2-3hari sekali. Email pun check bila rasa perlu jaaa 

TAPIIIIII nafsu tengok TV hanya tuhan ja yang tau. Balik ja praktikal yang tak bergaji tu teruih melekat depan TV nak tengok Abg. Seth Tan. Eh? Demam jugak ka? Of course laaaaa Sapa tak demam dengan Abg. Seth? Suwit sangat kottttt Abg.Amin pun tak mampu nak jadi suwit mcm tu! 

Tapi tak pa la. Macam mak Elena bagitau kita orang pompuan ni kena kawen dengan orang yang sayangkan kitaaaa kan? Mak saya pun kata macam tu jugak. Saya pun kata macam tu jugak. Sebab tu la saya nak kawen dengan Abg.Amin. Tapi Abg.Amin jangan la berterusan berperangai Setan.. kena la belajaq jadi suwit macam Abg. Seth Tan. Baru la saya maken sayang. 



Petang ni Nora Elena dah masuk episod ke berapa ha? Tak sabaq aih nak tunggu kul7. Abg.Amin tengok jugak tau? Study pasai ke-sweet-an Seth Tan. Isk Tukaq nama bagi jadi Sweet Tan la Abg. Seth Tan. Bai!