Thursday, August 18, 2011

Ketuk-ketuk Ramadhan

Sumpah KakWan first time masak bersungguh-sungguh sepanjang 18 hari dalam bulan puasa kali ni. Sebelum ni masa zaman anak dara pemalas emas Puan Kumah makanan semuanya akan get ready sendiri ataih meja makan. Maksudnya Puan Kumah la yang bertungkuih-lumuih masak sorang-sorang kat dapoq. Anak dara beliau yang sangat malas rajen ni cuma bertugas sebagai pembeli air kacang soya & murtabak sedap ja kat Pasar Ramadhan berhampiran. Amboi. Rajinnyewwww Anak sapa la ni?? HAHA

Tapi la ni sejak ehem* bergelar isteri ehem* saya seperti menggantikan tempat Puan Kumah plak kat dapoq. Tu pun sebab dok asing. Try kalau dok skali. Mesti malaih jugak nak masak kot??? Ye laaa KakWan ni just junior tapi yang Masterchefnya mestila diri Puan Kumah sendiri. Hari-hari nak dekat kui5 mesti Puan Kumah call tanya nak masak apa hari ni? Hari ni nak masak daging puan. Haaa Satgi daging tu buat la masak kicap.. Mula-mula rebuih daging tu.. Lepaih tu dah tengok empuk boh la kicap dah tu boh cabai mesin dalam 3-4 camca. Dah nampak kering sikit baru tuang minyak dalam 2 camca. Dah tu tuang sikit ayaq asam jawa.. Boh bawang besaq. Siap!

Pergh! Buat Masterclass secara PJJ tuuuu Ampa penah buat??? KakWan penah. HAHA Tu baru satu resipi.. Bayangkan sepanjang 18 hari ni bopa resipi dah KakWan berjaya buat? Satgi KakWan rasa beliau nak call lagi ni. Nampak sangat beliau tak pecaya tahap kehebatan KakWan kat dapoq.

OK. Mengaku je laaa KakWan memang tak pandai masak punnn Nak masak nasik lemak pun google resipi ok?? Tu pun tak jadi. Sebab lupa letak garam. Haih! Tapi bau dia memang pembangkit selera laaaaa Wallah!



Gambaq hiasan: Nasi lemak Subaidah. Slurp! Lap ayaq liuq sat.









p/s: Bila tanya Popo sedap ke tak lauk saya masak hari ni? Beliau mesti kata.. Layan je laaaaaaaaa HAHA Cis! Nampak sangat tak sedapnyew! Esok sila masak sendiri. Bai!
Post a Comment