Monday, July 11, 2011

Alhamdulillah KakWan Sudah Bergelar Isteri =)

Dengan berapa kali lafaz? Tanya la kat pelafaz tu sendiri. HAHA! Bila diingat balik majlis tu rasa mcm geram pun ada sebab kitorang agak rushing. Walaupun dah sampai awai kat tempat mekap tapi last² jadi lambat jugak.. Sampai terlupa nak bawa hand bouquet p masjid. Sampai terlupa nak adjust tali kasut. Elok turun keta ja Tok Kadi pun sampai. Adoiiii Tak dan nak tenangkan diri. Berlari kot masuk masjiddddd MALUUUU Masuk masjid memang muka tak siap lah. Nervous gila kot??? Tak dan nak amik feel.  Maybe ni la yang dikatakan dugaan kan? KakWan redha dikkk T.T

Hari majlis berlangsung pun memang sangat panaih terik. Maybe sebelum ni KakWan selalu sangat dok doa bagi tak turun hujan masa majlis kot? Tu yang Allah nak tunjuk kat KakWan supaya jangan sesekali tolak rezeki kalau Allah nak bagi.. Terima seadanya. Redha. Tapi bukan apa.. kalau hari hujan risau plak dengan orang yang nak prepare makan.. Ye laaa kenduri kat umah ni mesti la masak kat luaq kan? Takkan nak masak kat dalam dapoq umah yang sekangkang kera ni? Tak celuihhhh

Tapi apa² pun yang penting majlis berjalan lancar. Alhamdulillah =) Walaupun ada cacat-cela kat sana sini tapi standard la kan? Saya rasa semua tetamu yang mai mesti basah-lencun dengan peluh. Jangan kata tetamu.. Pengantin ni pun berpeluh sakan kot?? Becak abih dalam bajuuuu Cayaq abih mekap! Maklum laaa Umah tak dak air-cond T.T 

Yang pasti saya memang kagum la dengan sedara-mara saya yang sudi tolong jayakan majlis akad nikah ni. Memang depa berkampung kat umah saya la 2-3hari sebelum majlis berlangsung. Memang all out! Terima kasih Mak.. Tok.. Tok Su.. Mak Ngah.. Mak Cik..Pak Long.. Mak Tok.. Huihhh Kalau nak sebut sorang² memang 5 perenggan pun tak abih kot??? Terima kasih jugak kat kawan² yang sudi mai. Walaupun saya tak dapat sediakan penginapan bertaraf 5 bintang.. Tapi ok la kan? Ampa semua cukup makan kan??? Puan Kumah kalau bab bagi makan layanan dia memang terbaekkkk HEHEHE Thanx Yaya.. Haidaq.. Liani.. Bae.. Marea.. Zarep.. A'a & Umiiiii Sila bersedia untuk Majlis Resepsi KakWan 23hb ni plak naaaaaa =))) Doakan majlis hat nak mai ni akan jadi lebih baik & organize. Aminnnnn


Terima Kasih sebab sudi menghadirkan diri Berlari bersama KakWan sepanjang majlis *hugsss*

Post a Comment