Thursday, June 16, 2011

Bridezilla atau tidak? Tepuk dada tanya selera lah. Eh??

Phewww

Sejak maken menjelang hari nak kawen ni kondisi badan maken bertambah teruk. Betui ka ni nama sindrom bridezilla? Menakutkan sungguh kot??? Sebelum ni muka jarang sangat nak naik jerawat. Tapi la ni jerawat dengan pipi saya ni dah macam isi dengan kuku, macam aur dengan tebing.. Memang langsung tak buleh dipisahkan. Hilang sebijik ganti plak lagi 3 bijik. Gila ka apa??? Awat la waktu-waktu getir ni baru nak hinggap segala jenis noda kat muka?? Parut lama tak dan nak hilang jerawat baru tumboh balik T.T

Kekurusan badan? Ohhh jangan mimpi la. Seinci pun tak kurang kot??? Jadinya berserah saja pada yang Esa. Tadah tangan dan bersyukur. Selagi sehat tubuh badan dan dijauhkan segala penyakit saya dah syukurrrrr sangat! Bak kata Kak Jue.. Awat??? Semua pengantin kena kuruih ka?? Sentaps mak nak bila dengaq statement tu. HAHA Tapi betui la jugak. Mindset kita dah lama dok kata kuruih tu cantek. Gemok tu huduh. Tapi kena ingat jugak.. Beauty comes in different sizes. Tak semestinya orang gemok tu semua huduh kan??? Dan tak semua orang kuruih tu cantekkkkk Ayat cover niiii Sebenaqnya aku memang nak kuruih jugak punnnn tapi tak buleh!

Tapi se- stress² saya kan.. Ada orang lain yang lagi melampau stress. Saya ni stress naik jerawat kat muka ja. Orang tu kaaannnn Stress naik jerawat satu badan. Dengan kata lain kena chicken pox. Entah sapa la yang p campak virus tersebut dekat beliau. Hai sayangku yang bukan Seth Tan. Sila la cepat sembuh dari penyakit tersebut. Lagi berapa hari ja kita nak menikah. Takkan la nak amik gamaq nanti dengan muka bertompok? Satgi orang mai kenduri kita confuse kita ni jelmaan rimau bintang ka orang. Huuuuu

Finally.. tataplah gambarku yang berjerawat ini sambil mendoakan jerawat-jerawat tersebut cepat hilang dari pipi kanan ku itew (Sebab nak mintak doakan KakWan cepat kuruih memang mustahil dah) . Aminnnnn

Walaupun berjaya menternak sekolam jerawat namun KakWan masih mampu tersenyum. Alhamdulillah!


Bai =)
Post a Comment