Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

Projek DJ2B- 31 Blogger

Esok dah Disember. Cepat gilaaa Tapi baguih la jugak. Nanti buleh cepat masuk Januari, lepaih tu Februari, Mac, April, May,  Praktikal then GRADDD Tak sabaq aih! Tapi yang penting dalam bulan 12 ni Cikgu Shida Dahlia ada  buat projek  baek punyaaa

Sempena 31 hari dalam bulan 12 ni.. beliau akan review 31 belog yang terpilih.. 1 hari 1 belog. Menarik dak? Mesti la menarikkk Sepanjang ada belog ni tak penah pun ada orang nak review pasai belog saya ni.. So untuk julung kalinya biaq la Cikgu Dahlia me-review belog saya kan? Tu pun kalau terpilih laaa HAHA!

Doa-doa la bagi terpilih no? Mana nak tau bila dah kena komen dengan Cikgu Dahlia ni saya terus sentap & buleh tulih belog ni elok sikit. Hurm.. lagi satu.. beliau suruh letak traffic analysis kat entry ni.. Tapi segan la nak letak.. Gila sikit ja kot visitors? Isk. Nak letak ke tak? Nak letak ke tak???

Ok. Letak sambil pejam mata. Cikgu.. jangan lupa pilih belog saya ni na??? =)



Kepada yang berminat nak bagi Cikgu Dahlia review/ komen belog ampa sila kelik sini >>> Projek DJ2B-  31 Blogger.Sekian. Bai =)



Kan Saya Dah Kata Zizan Memang Lawak Gila Kat Shout! Awards!!!


OK. Bukan Zizan sorang ja. Tapi bila beregu dengan Johan la. Haha!



Monday, November 29, 2010

Nuffnang Dah Tak Mau Bagi Saya Buffered Earnings Ka ? T.T

Banyak yang dah masuk metered earning.. Haih.. rindunya saat-saat banyak iklan Nuffnang terpampang kat belog ni. Rindunya. Rindunyaaa

Tinggai lagi 5 jaaa

Walaupun earning tak la banyak mana.. tapi ok la dari tak dak langsung kan??? *sunggoh cliche ayat tersebut.. tapi ceq suka guna. HAHA!

Friday, November 26, 2010

La Ni Musim Orang Makan Trifle ha???

Teringinnya nak makan. Nak buat malas tak reti walaupun si Eesyaheera dah letak resepi trifle tersebut terbentang luas dalam blog beliau. HEHEHE Mesti sedap gila kan? Nampak sungguh manis pun ada jugakkk

Ini adalah trifle hasil Dilla Kamal untuk sang suami sempena birthday beliau yang ke-26. So sweet =)

Ni la trifle hasil air tangan Chef Syaheera.. yummehhhh










Triffle Chocolate Mousse hasil Puan Nani Rostam. Terliur wehhhh


Sebelum ni ramai bloggers yang cita pasai macaron. Macaron tersebut pun saya tak penah tryyyy Ketinggalan sunggoh la aku niii Sedap sangat ka makanan tersebut??? T.T

Ni plak macaron hasil buruan Amar Amirah Belog Cap Ayam. Beliau cakap benda ni manih gila!!!




Sebelum macaron plak ramai yang addicted dengan Tutti Frutti. Hat tu pun saya tak penah try -_-" Kesian kan? Tapi tak pa la. Sebagai pengganti Tutti Frutti, saya pun p la makan frogurt (frozen yogurt) kat J.Co. Hat tu saya tau sedappppp Sedap weh. Sedap! Lepaih tu Coffee Bean pun buat frozen yogurt kan? Tapi tak penah try punnn Takut mahai! Saya kan kedekut penjimat! HAHA

Frogurt J.Co dengan toppings kegemaran. Sedap wehhhhhhh


Setakat ni je la perkongsian untuk hari ni.
Bai! =P

Thursday, November 25, 2010

Launch Album Baru Hujan: Inspektor Remos

Kalau la saya ada kat KL.. mesti saya p. Walaupun orang tu tak mau p. Huh!




Venue: Entrance Berjaya Time Square, KL
Time: 6 pm
Date: 25 November 2010

Inilah Inspektor Remos-nya. Cover album la!



P la.. mana nak tau kot-kot buleh jumpa Mizz Nina. Eh! Hang nak p tengok Hujan ka Mizz Nina???


Ok. Bai!

Selamat Pengantin Baru Ina =)

She's my bff since form 1 kat SGGS, kami  tiga orang sebenaqnya- beliau, saya & Dayah. Dok hostel 1 dorm. Tapi kelas ja lain-lain. Masuk Teknik pun sama-sama, tinggai la Dayah sorang-sorang kat Sen Jojes. Tapi dia pandai. Saya banyak main. Dia dapat masuk matriks, jadi tinggallah saya sorang-sorang terkontang-kanting masuk poli jaaa Poli ja? Poli pun ok apa??? Walaupunnnn HAHA!

Tapi yang penting beliau dah selamat jadi isteri orang dah! Sila jadi isteri yang solehah ye? Saya doakan supaya perkahwinan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa dan dikurniakan anak yang soleh-solehah tak aci la kalau letak nama anak nanti Soleh & Solehah dan cucu-cicit-piut yang ramai. Aminnnnn

Walaupun gelap.. saya personally paling suka gambaq ni!





Lepaih dah kenyang bersantap nasik kenduri kami terus cargas ke Mengkuang Dam untuk sesi outdoor photoshoot. Kami peneman kepada pengantin jaaa Jadi kami buat sesi photoshoot sendiri laaaa. Tak sangka pulak bila sampai sana.. ada lebih kurang 10 pengantin dok buat photoshoot jugak kat sana. Habaq ja baju pengantin kaler apa. Putih? Pink? Hitam? Kelabu? Hijau? Purple saja dah ada 3 pengantin yang pakai. Adoiii Musim la kata kannnn

Lepaih ni turn pengapit saya berdua ni pulak. Sorang  bulan 2. Sorang bulan 3. Saya??? Haihhh Tak tau lagi!

Adikkk nak buat jugak ka???


Mak aku meroyan suruh jugak amik gambaq hand bouquet ni. Katanya nak buat macam ni time aku kawen. Bila mak? Bila??? 




Tapi lagi sekali yang penting. Anda adalah cantik pada hari tersebut Ina!!! Memang hari hang lah!



p/s: Bila official wedding photographer kita hang- nak boh gambaq kawen hang kat blog & facebook dia ni???

Wednesday, November 24, 2010

Shout! Awards 2010 RAWKKSSS



Calon-calon untuk setiap anugerah adalah sangat-aku-tak-tau-nak-vote-yang-mana-satu-ni-semua-aku-minat! Yang pasti setiap kategori yang ada Yuna mesti saya vote beliau! Hah. No wonder beliau menang besaq. Saya yang vote rupanyaaaa HEHEHE Power Vocal Award memang patut dapat kat FT kot? Semua lagu beliau memang tak terbawak oleh ku di mana-mana pusat karaoke di seluruh Malaysia. Key rendah beliau.. sungguh mencecah dasar tanah. Abang memang Power. Taniah!


Kan saya dah kata Abang memang POWER. Siap buleh terbang lagiiii





Yuna? I love her outfit that night! Dan-dan speaking awat??? Ohhh.. Sebab Johan & Zizan pun tiba-tiba naik stage speaking masa bagi Hot Chick Award. Memang lawak gila pecah perut sebab depa pulun nak speaking. Tapi mana video depa  buat lawak kat stage tu??? Dah lama dah tungguu tapi tak kuaq kat Youtube lagi punnn Tapi buleh ja tengok kat tonton.com.my kan? Ha.. kalau tak puaih tengok kot tonton, Sabtu depan 8TV akan ulang lagi skali Shout! Award 2010 kui 10.30 malam.. Tengok jangan tak tengok. Tengok part Zizan & Johan wey. Lawak! Part Adibah Noor & Ning Baizura pun lawak. i loike!!!


Kan? Walaupun nampak macam alien tapi lawaaaa Saya Sukaaaa OK. Kena Kurus!
No wonder lagi lawa! Hana Tajima adalah designer baju tersebut kot???





Performance? Lagi skali nak puji Yuna. Performance Decorate beliau sungguh comel gila!!! Then Hujan dengan Inspektor Remos nya. Sesuaila remos baru Noh dengan lagu beliau tu. haha! Lagi performance sapa? Tiba-tiba lupa ingatan. Tak pa. nanti recall balik Sabtu ni. Buleh concentrate kat Shout! Award sorang ja.. Sebab tak concentrate pada malam tersebut mesti la saya terpaksa membahagi kasih-sayang tumpuan saya terhadap channel-channel yang lain yang ada kat TV tuuuu Maklum la tak dak kat tempat kejadian.. Tak dan nak p KL sebab  kawan saya kawen kat Penang!!! Friends comes first ok.. sebab tu saya tak pilih Shout! Awards. Tapi nasib baik ada 8TV =)


Nak tengok pemenang? Buleh klik sini >>> Shout! Winners




Picture credit to Yuna, Shout! Awards & BeautifulNara

Tuesday, November 23, 2010

Nina. Awat hang comey sangat?

Selain dari kanak-kanak yang menyanyi Banana Phone kat FB, Nina ni jugak adalah impian kecundang di masa hadapan. Impian agar anak saya secomel beliau. Haiiiihhhhh Babab satgi haaaa

Pandai sangat cakap.

Pandai sangat makan.

 Pandai sangat tunjuk perut kat orang. Tutup. Tutup. Maluuuuu




Kan? Terbukti beliau sangat comel kan? Tom, kalau tak dapat produce sampai 4, dapat produce sorang macam ni nanti jadi la.. na???

Monday, November 22, 2010

Hobi Saya ialah Melihat Wanita-Wanita Cantik #2

Saya hanya mampu melihat. Cantiknya depa pakai lagu tuuuu Kalau la saya buleh pakai lagu tu jugak kan best? Tapi keyakinan tak cukup tinggi. Tak pa la. Dapat tengok pun dah cukup. Haih. Tadah mata ja la tengok no? Sambil kagum dengan ciptaan Tuhan yang MasyaAllah lawa ni. 


Kegemaran saya mesti la Shea Rasol, Fatin Liyana & Jezmine Zaidan. Tak pecaya? Tengok ni.

HFW7- Grocery Shopping adalah yang ter-suka. Sebab hijau tu sangat cantek. Simple yet nice =P
HFW3- Girls Night Out. Isk! Tercomel kot??? 
HFW4- Vacation. Anda adalah pemenang. Sia-sia la jadi designer kalau tak pandai bergaya kan? Sukaaaaa
Dah cukup seminggu, jadinya Hijabi Fashion Week pun dah berakhir la. Awat buat seminggu ja? Lenkali buat la sampai sebulan. Baru la buleh cuci mata lagi. Haih! Selain dari depa 3 orang, ramai lagi bloggers yang join HFW ni. Kalau nak tengok sila klik Modesty Theory beliau adalah Sang Penganjur acara.


Sonokkan tengok depa² ni? Dah la lawa. Dress up plak superb. Dah la kuruih².  Haih. Jeles! Bai!

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Qurban =) ♥

Saya tau sempena Raya Qurban tahun ni pelajar universiti banyak menjadi Qurban EXAM termasuklah saya. Tapi saya agak bernasib baik sebab EXAM saya dah selesai semalam sebelum ber-Qurban esok. Jadi jangan sedih-sedih na? Anggap la Exam di kala minggu Hari Raya Qurban ni adalah sebuah pengorbanan. Nanti buleh la cerita kat anak-cucu-cicit pasai pengorbanan ampa ni.

Tapi yang pentingggg Kak Wan balik umah dulu la no? Balik lambat satgi hujannnnn Maklum la.. Naik moto jaaa HEHEHE
Selamat Hari Rayaaaaaa


p/s: Kepada para pemandu, jangan sampai menjadi qurban jalan raya pulak na? Sila berhati-hati ketika memandu

Celcom Xplay Shout! at Library e@Curve

Saya semestinya tak p la event tersebut. Gila kot? EXAM. EXAM. EXAM. Dan hari ni adalah hari pertama saya abih EXAM. yayyyyy So buleh la beraya haji bersungguh-sungguh. hehehe

Dok tengok-tengok album Flickr Jaclyn ni saya rasa macam jeles pun ada jugak. Awat la tak dak kat tempat kejadian? Kalau dak mesti best! Tapi macam tak dak awek bertudung Malay jaaaa Segan la cek kalau p sorang-sorangggg






Harap maklum, ampa still berpeluang menang tiket p Shout! Award 20 November nanti kalau download 3 call-me-tones kat Mobile Content Award 2010 nominees kat channelX. Dan harap maklum lagi sekali, peluang ini hanyalah diberi kepada pelanggan Celcom sahajaaaaaa Maka rugi la kepada pelanggan-pelanggan rangkaian telekomunikasi yang lain =P

Hey Baby whats your name? Mizz Ninaaaaaa

I Disagree with u!!!


Di sini la tempat kejadian- Library Hamzah Sendut

Gila ramai orang!

Siap ada Facebook Counter lagi tuuuuu

Blogger Station adalah depan sekali dekat dengan stage tu kan? kan? kan???

Hang Dimassssss

Hujaaaaannnnnnn

Eh. Ada la Malay. Tapi mereka tak bertudung. OK kalau saya p saya tetap segan T.T

Sunday, November 14, 2010

Hujung Minggu yang Panassss

Aku ingatkan gossip gambaq Nabil & Uqasha tengah cium mulut tu yang paling panassss tapi ada lagi yang paling panasssss rupanya. Haiiiihhh siap ada sampai 5 part lagi kisah cinta tersebut. Bacalah kalau berminat. Saya nak kena baca nota trafik plak. Bai!


p/s: Tak sanggup mencemar duli dengan meletak gamaq  uncle tersebut kat belog ni. Letak disclaimer pun jadi la no??? =P

Tuesday, November 9, 2010

Watsons: Riang Ria Aidilfitri

Sepatutnya la kan.. Saya patut beriang ria di Aidilfitri yang lepaih sebab dapat duit raya dari Watsons. Tapi apakan daya.. sebab amik masa untuk prosedur pengesahan dan pengeposan, maka saya dapat duit raya tersebut sebulan selepas raya. Jadi terpaksalah saya tukaq tajuk Watsons: Riang Riang Hari Raya kepada Watsons: Riang Ria Hari Jadi. Yay! Terima Kasih Watsons kerana sudi menceriakan saya di hari jadi saya yang lepaih!!! =)

Walaupun hanya bernilai RM50, tapi saya tetap bersyukurrrrrr

Orang kata sharing is caring kan? So dengan caring-nya saya menge-share voucher tersebut dengan kawan saya. HEHEHE
Bergambar dulu dengan voucher sebelum membayar. Bye-bye voucher. Ada jodoh rezeki kita jumpa lagi T.T
Dan setelah berpenat-penatan bersuka-ria di Watsons, maka tibalah masa untuk makan. Thanx Yaya for the Birthday Treat!!! Zarep takdak sebab dia sombong! =)










Thanx Watsons for making my day
Nanti bagi la voucher lagayyyy

Buleh la kan? Bunyi macam pantun dua kerat.
OK Bai =P

Monday, November 8, 2010

Exam Mode is On

USM dah start exam hari ni. Good Luck la kepada yang berkenaan, termasuk la diri sendiri. HEHEHE Paper saya Jumaat ni. Pagi tadi baru kalut cari nota. Esok baru nak fotostet. Buleh??? =P

Dengan bermulanya exam ni maka banyak la belog yang tidak akan ber-update *mungken dan banyak jugak pemilik akaun Facebook akan men-deactivate-kan akaun beliau. mungken kah? mungken kah?  Kita tengok je la nanti.



Saya? Dak kotttt Takat dua papers apa la sangattttt =P

Hujan - Inspektor Remos

 
Dah download belum?
Kalau belum sila kelik sini >>> http://blog.hujan.org/