Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

Final Piala Malaysia: Negeri Sembilan VS Kelantan

Sumber: ElmiElmo

 So? Malam ni sapa menang?
Hobin Jang Hobin ka?
Gomo Kelate Gomo???

 
Nasib baik Paul the Octopus dah mati. Kalau tak, mungken ada yang nak guna khidmat beliau kot? =P

Taniah Rina Salleh! =) ♥ Walaupun saya tak tengok TV tapi saya tau kamu menang =P

Saya dok kat hostel ni memang tak penah tengok TV. Tapi kalau dok kat umah sampai tak buleh nak berenggang dengan TV la pulak HEHEHE Nasib baik la baca belog ini dan ini, maka saya pun tahu yang Rina Salleh dah berjaya jadi Juara Gadis Melayu 3. Taniah!




p/s: Saya memang tak tengok TV tapi saya tengok movie. Tadi tengok Takers. Cuci mata. Cuci mata. puas hati. OK. Bai =)

Thursday, October 28, 2010

Kelly Osbourne: From Grunge to Glam

Haih! Maken lawa kan beliau la ni? Dulu huduh nak mampuih. Memang grunge abih la. Dengan tattoo sana-sini, dengan rambut pinknyaaa, dengan tak bopa nak kuruihnyaaaa Tapi la ni meleps uollllssss Kira macam Nicole Richie jugak la. Cantek. Transformation yang gila² punyalah! 

OK birthday Kelly Osbourne yang ke-26 adalah semalam.  Ini barulah ucapan Selamat Hari Jadi Kurus yang betuiiii =P Kiranya kami sebaya la ek? Beliau dah lawaaaa saya bila lagi??? Bila dah lawa mesti la orang suka tengok kan? Time ni la baru beliau buleh nak komen-komen pasai baju orang time Red Carpet. Tapi komen dia memang comel je. Maybe sebab beliau tau dulu pun beliau suka pakai pelik-pelik time Red Carpet. LOL! Tengok la kat E! Fashion Police. Beliau jadi salah-sorang panel kat situ!





Sumber: OMG Yahoo!

 Kan? Cantek kan? Haihhh Totally different. Kan baguih kalau beliau dari dulu cantek lagu ni?

Adoilaaaa #3

Mizah: Happy Wong, you bendahari studio kan? Nanti kutip sorang RM10 kita buat jamuan sikit on Monday.
Umi: Kita makan nasik ayam, sate. Then duit lebih kita beli kek.
Happy Wong: Aiyooo I  tak mau jadi bendahari lagi laaaaa
Wawan: Happy Wong. Kalau you tak mau jadi benda-hari, you nak jadi benda-apa-lagi???

Mizah. Kek tak payah beli. Kamu buat OK??? TERBAEK KOTTTT  =)

Wednesday, October 27, 2010

Cucu Saya Pun Lahir 26 Oktober Hokkay???

Tak sia-sia saya memberi makan secara harian kepada kucing comel ni. Dari beli Friskies paket RM1.50 kepada sekampit Friskies yang berharga RM7.70. Mewah sungguh beliau. Sebab bukan saya sorang je yang bagi beliau makan tiap-tiap hari, tapi ada lagi dua bilik yang bagi beliau makan jugak. Haihhhhh hebatlah kamu!

Saya tak tau la kalau dah ada orang bagi nama kat kucing ni. Tapi saya memang panggil beliau Amani. Sebab? Blok saya namanya Aman Damai. Jadinya saya boh nama beliau sempena nama blok hostel saya ni la. HEHEHE Ingat lagi Lena adik Leni tanya saya. Kalau kucing tu dok Tekun nama dia Tekuni la Kak Wan???? HAHAHA Ye. Lawak Lena. Lawak.

Kesiannyaaa tak dak pinggan. Pakai suqhat habaq jaaaaa
Sambung lagi cerita pasai Amani. Beliau dah berjaya lahirkan anak-anak yang comel secomel saya. BANGGA sekejap. Walaupun bukan saya yang  beranak. Ingatkan anak-anak dia dah kena makan dengan kucing jantan ka apa sebab diam jaaaa tengok² dah sorokkan baik punyerrrrr

ALOLO.. chomelnye. rasa macam nak gigit sekoq-sekoq. ALOLO.. mama mana??? Mama p makan  kat bilik Wawan
Mula-mula saya bajet macam beliau bakal beranak tiga ekoq ja. So mula la berangan boh nama WAWANA, WAWANI, WAWANU. Sekali beranak kuaq LIMA hekoq hokkay??? TAKKAN LAH NAK BOH NAMA IKUT AEIOU??? WAWANA, WAWANE, WAWANI, WAWANO & WAWANU. Tak penah dibuat orang aih!

Kalau anda bijak bistari. Sila la teka mana WAWANA, WAWANE, WAWANI, WAWANO & WAWANU =P

Lepaih ni nak kena beli Friskies for kitten plak. Tak pa. chomel punya pasai saya RELA =)

Tuesday, October 26, 2010

Selamat Hari Jadi Kurus Wawan!!!

Semalam sangat sakit kepala sebab makan spaghetti banyak sangat. Semua gara-gara Yaya. Thanks kepada tuan rumah yang sudi pinjamkan dapoq. Lainkali Yaya masak macaroni & cheese pulak OK?

Disebabkan saket kepala. Tak dan nak tunggu detik 12tengahmalam. Tak dan nak tengok sapa orang first yang wish birthday kat Facebook saya. Tak buleh nak balas komen dan gelak² mcm orang gila depan pc. Tapi dah tengok tadi. orang tersebut adalah Micheal Jackson. Thanx Jackson! Beliau adalah ketua studio saya.

Umur berapa? Mesti la tanpa segan-silu saya mengaku umur saya adalah 26 tahun. Oh! 26 tahun di tarikh 26 Oktober 2010. Age is just a number kan??? Walaupun hakak humur 26 tahun hakak hawet mudhe tauhu???? LARIKKKKK



Monday, October 25, 2010

P.Ramlee.. Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi.

Dah dengaq belum? Tune in to XFM la ni jugakkkk
Takat ni saya paling suka adalah lagu GELORA JIWA yang Yuna nyanyi.
Ramai lagi yang ada ok?

Hujan
Couple
Meet Uncle Hussein
Altimet
Monoloque
AwanBand
Grey Sky Morning
Najwa
Azlan & Typewriter
Liyana Fizi
ramai lagi lah!

Semua lagu adalah best!
Sila dengaq.
Rugi sangat kalau tak dengaq kotttt
Semua skali 18 lagu ok =)





Sunday, October 24, 2010

Mean Machines 2010

Kami berenam secara bersemangatnya p la nak memeriahkan majlis.  Kira kami ingat kami ni artislah kot. LOL! Tak dak lah. Saja nak hang out weekends ni sebab dah sepanjang minggu bertungkuih-lumuih (read: bertungkus-lumus) buat keja. Tapi agak mengeciwakan la jugak. Event tersebut tak la sebesaq yang di sangka. Maybe kami p awai sangat kot. Siang tengahari plak tu. Mungken kalau kami p petang sikit atau malam baru meriah. Baru keta hebat², moto hebat² penuh di perkarangan Auto City tersebutkan? T.T

Gambaq mukadimah: Kan bajet jadi artis? Tapi sila abaikan pakcik kat blakang tu ok?

Papepun kami memang enjoy la kat sana. Walaupun di hari yang sangat panas terik. Berhajat mahu melihat gadis dan kereta, tapi hampa. Yang ada sekadar 3-4 gadis, tu pun hot yang tak se-HOT bahang matahari kat sana. HOT YANG ALA-ALA JERRR Mungken kalau kami p petang sikit atau malam baru nampak gadis kereta yang HOT. Di kala siang tengahari yang panas kalau pakai two piece nanti hitam pulak ka? YE DAK? HEHEHEHE

Hari ni event tersebut masih berlangsung. Kalau ampa berhajat seperti kami untuk melihat kereta-kereta yang hebat, melihat gadis-gadis kereta yang HOT dan untuk memeriahkan majlis, sila la ke sana. Jangan la p time tengahari, panas sangat. Jadinya hajat untuk melihat kereta-kereta yang hebat di samping Gadis Kereta mesti tak kesampaian. P la petang-petang sikit, baru buleh buka mata tengok Gadis Kereta =P






Kan? Kosong kan? Mungken kami salah timing T.T
Se-PANAS ni ja Gadis yang mampu ditonjolkan???
Gadis didikan saya adalah lagi PANAS ok? Bai!

Saturday, October 23, 2010

Shout! Awards 2010


Shout! Award bakal diadakan untuk kali kedua bulan November ni. Teruja OK? Saya sangat suka Award ni sebab ni la satu-satunya Award yang paling happening & nampak style gila! Manada kat Malaysia ni yang bagi Hot Chick Award kat artis. Tak dak. Tak dak. Shout! Awards ja bagi =P
Dengan jujurnya saya adalah rambang mata. tak tau nak vote yang mana satu dalam kategori ini!!!

Sebelum berlangsungnya award tersebut nanti, Celcom dengan bangganya akan buat pre-show party untuk Shout! Awards kat The Library @ecurve 13 November 2010 ni dengan nama Xplay Shout! Untuk raikan para calon dan tak lupa jugak DJ dalam Shout! Awards ni. Antara artis yang bakal ada kat Xplay Shout! tu adalah Disagree, Hujan, Mizz Nina & DJ Ash!


Ada Hujan kot? Mestila saya teruja nak p! Ini adalah free invitation ok? Tapi dengan syarat, ampa kena jadi fan Facebook Xpax dulu kat sini >>> www.facebook.com/xpaxfb. First 150 pelanggan Celcom yang register dalam Facebook Xpax ni akan dapat free drinks jugak. Tapi kalau ampa adalah pelanggan Xpax atau U.O.X, ampa akan dapat 2 free drinks! Wow!

Lepaih tu, kalau ampa download 3 call me tones dari Mobile Content Award 2010 dari www.channelx.com.my ampa berpeluang menang pas masuk percuma ke Shout! Awards pada 20 November nanti! Best wehhhh Apa lagi??? Download lahhhhh 

Tuesday, October 19, 2010

Kak Wan Kena Jadi Pengacara Jalan-jalan Cari Makan Mungken.

Sejak dua-menjak ni memang selalu sangat jumpa kedai makan best. Dan kepantangan bila berjumpa mesti la mahu rasa. So barulah buleh bagi keputusan sama ada betui ka makanan di kedai tersebut adalah best ke tak kan? Naseb baik Kak Wan ada kawan-kawan yang sealiran. Yang suka makan jugak. Masalahnya kami makan ramai-ramai. Tapi Kak Wan gemok sorang-sorang. How? Demmmm

Ampa mesti la sedia maklum kan, Penang ni syurga makanan. So kalau ampa tak suka makan better jangan dok Penang. Pindah la dok negeri lain, bayangkan betapa syurganya Penang sampai kalau makan nasi kerabu yang asal dari Kelantan pun sedap? Tu makanan rasmi negeri lain, bukan makanan rasmi negeri  Penang lagiiiii Kagum dak? Kagum dak? OK fine, nasi kerabu yang sedap tersebut adalah hasil dari air tangan orang Kelantan jugak~

Selain nasi kerabu tersebut apa lagi yang sedap Kak Wan?  Apa yang sedap??? Of course la char koey teow. Pusing satu Malaysia pun takkan jumpa char koey teow yang macam kat Penang ni ok? To be specific mesti la Char Koey Teow Adam, Permatang Pauh. Selalu sangat promote rasa malaih nak letak gambaq char koey teow tersebut dah kat belog ni. HEHEHE

Selain tu apa Kak Wan? Selain tu? Hmmm ampa suka makan nasi tomato dak? Hat ni memang sumpah sedap. Kedai ni kat Little India, nama kedai Tajuddin Hussain. Tag line kedai tersebut ialah- MAKAN SILA DUDUK BUNGKUS SILA BERATUR. LOL! Portion dia memang banyak ok? Tapi good fact about this food, depa basuh beras tu sampai 10 kali ok? So memang tak dak kanji la dalam nasi tomato dia ni. Memang makanan yang sehat dan menyelerakan!

Nampak dak tagline tersebut??? HAHAHA
Leni macam pikiaq 10 kali sebelum makan nasik ni. Dok pikiaq buleh abih ka dak.
P 4 orang tapi order untuk 3 orang ja. Sebab takut tak abih- portion dia besaq sangat.

Lagi? Apa lagi yang sedap Kak Wan? Ampa penah makan kat Padang Brown dak? Kak Wan sem ni baru first time p. Dulu kawan Kak Wan memang dok habaq dah, makan pasembor kat sana memang lagi best dari makan kat Padang Kota. Pasepa lagi best? Haaaa mesti la pasai harga yang jauh beza & cara depa layan customer. Kak Wan memang tak suka p kat tempat makan yang hingaq (read: bising) sampai tak tau nak order apa sebab pelayan dia sangat kalut nak berebut customer. Sekian! Jadi, penyelesaiannya, p la Padang Brown. Happening OK tempat ni kalau malam². Gerai yang dok ada memang bukak secara full. Memang bukak dari hujung ke hujung. Pilih ja nak makan apa.

Suggestion Kak Wan? Mesti la makan kat gerai Chelor-Chelor. Nak makan steamboat jimat mai la sini. Secucuk Seringgit* sajaaaaa Tapi air yang dia guna tu air kosong je la. Mungken kalau ampa nak lagi sedap ampa buleh bawak perencah tom yam kaaa perencah sup ampa sendiri. Tapi ok la kan? What do you aspect  from a cheap stall. Tak yah la nak demand lebih². Nak lebih² yang LEBIH, sila la p Seoul  Garden =P Makan kat Seoul Garden adalah sekepala RM30 kan? Tapi kalau kat sini ampa makan. makan.  makan. chelor. makan. chelor. makan. chelor. chelor. chelor. makan. makan. makan. makan. chelor lagi. makan lagi. total up semua adalah lebih kurang RM50++ Lepaih tu bahagi dengan 7 orang makan. Tak sampai RM10 pun ok??? Jimatttttttt

Harga ikut kaler lidi. Tapi kebanyakannya secucuk seringgit jaaaa
Rombongan pertama ke Chelor-Chelor
Rombongan kedua ke Chelor-Chelor
Selain dari Chelor-Chelor, ada gerai dessert yang superb jugak kat sini. ABC, Lai Chi Kang & Air Markisa Kelapa kat gerai tu memang sedap. Tak lupa jugak Bubur Chacha. Lepaih makan buboq chacha buleh la menari chachacha. Tapi hang menari ker???

Buboq Chacha. Chaaa hang kena mai try makan buboq chacha niii baru la kena dengan konsep Shasha Bee hang!
ABC & pasemboq!
Lai chi kang & Sup kambing!
Makan. Makan. Makan

Banyak lagi tempat yang Kak Wan tak bawak kawan² Kak Wan p sebenaqnya. Antaranya adalah kedai roti canai yang dekat dengan office Utusan  Malaysia kalau tak silap. Kalau nak makan roti canai kat situ kena stand by kui 5 pagi ampa tau dakkkk Bayangkan kat situ kui 6.30 pagi kedai dah full. Kena tunggu turn nak duduk. Kena beratuq kalau nak order! Phewwww Nanti Kak Wan bawak ampa naaaa tapi kena bangun awai la. Sanggup ker???? =P

Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati. Bai!

Picture credit to Liani & Umi
Yang mana ada watermark tu picture sendiri ( perlukah mention di sini?)
=P

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011. Apa Kata Anda?

Dalam banyak-banyak bajet yang ada dalam Bajet 2011 ni satu ja saya tunggu- Bajet untuk Kementerian Pengajian Tinggi. Mana nak tau kot-kot ada peruntukan lebih untuk kementerian tersebut, buleh la mintak sponsor untuk trip sem depan kan? =P 

Tapi memang kagum la dengan penurunan harga barangan berjenama sampai 5-30% tu. HAIHHH berebut-rebut la orang nak pakai LV, Gucci, Prada lepaih niiiiii Lagi satu, harga smartphone pun murah. Ramai jugak la yang pakai iPhone 4 lepaih ni. Cuti bersalin 90 hari pun macam biaq-betui-90-hari-cuti-pantang-nak-dok-umah-lama-lama-nak-buat-apa?-cemuih-gila-kot??? Tapi bila dah dapat cuti.. Cuti je laaaa nak bantah apa lagi? Rezeki tuuuu

OK.OK. Saya tak terlibat pun dengan golongan-golongan di atas. Tapi dengan golongan di bawah saya terlibat

*******************

54. Modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Oleh itu, aspek pendidikan dan latihan akan disusun semula dan diperkukuhkan.

Untuk tujuan ini, belanja mengurus diperuntukkan sebanyak RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion disediakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan RM627 juta untuk Kementerian Sumber Manusia. 

*******************

Ternyata Bajet 2011 yang bernombor 54 adalah tidak menghampakan. So kena siapkan proposal awai² la kalau betui nak mintak Kementerian Pengajian Tinggi bagi sponsor.

p/s: berangan mahu ke Adelaide. Ada brani?


HANG INGAT SENANG NAK DAPAT SPONSOR????






Friday, October 15, 2010

Datuk Siti Nurhaliza Buat Konsert kat Melbourne Malam Ni!



Jerawat. Jerawet. Jerawot!

Bila nak lenyap dari pipi ni ntah. Haihhhh

 OK lepaih ni kena amik gambaq belah kiri ja. 
Ingat tu!
KIRIIIIII

Terkejut dak tengok pipi belah kiri aku ni? Aku pun terkejut! HAHA

Picture Credit to Yaya & Leni

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira

The New Proton Waja Inspired by Mitsubishi Lancer

Agak cun kan? Nak beli Lancer tak mampuuu dapat hat lebih kurang Lancer pun jadi laaaa =P






Untuk keterangan lanjut buleh la p tengok  kat Arena Kereta, paultan. org & it's from the news.











Melayu Tipikal #1

Cashier: Cantik cincin ( sambil senyum)
Aku: (Balas senyuman tersebut)
Cashier: Tapi kita orang Islam tak buleh pakai cincin ulaq macam tu kan? (sambil senyum- sinisssss)
Aku: (Balas senyuman sinis tersebut sambil berkata) Ya ha? Tapi saya bukan pakai masa solat punnnnn ( teruih blah)

*****

Motif cashier tersebut??? Mungken dia nak jugak pakai cincin macam saya ni tapi mak dia tak bagi pakai. Tapi kannn mak dia bagi plak beliau pakai T-shirt lengan pendek dengan tudung hat yang berapa tutup dada tuuu How????

Monday, October 11, 2010

Imagine Cup Poland 2010


Penah dengaq dak pasai Imagine Cup? Saya pun first time dengaq pasai Imagine Cup ni masa cuti semester sem lepaih sebab kawan saya wakil Malaysia untuk Imagine Cup ni. Wakil Malaysia ok? Bukan calang-calang orang buleh wakil Malaysia kottt =P
Imagine Cup ni sebenaqnya pertandingan yang ditaja oleh Microsoft secara tahunan untuk tingkatkan kesedaran kepentingan teknologi IT dalam selesaikan masalah dunia. Bunyi macam serius ja kan? Masalah perang buleh diselesaikan jugak kah??? 





Our team imagined that in the near future, with the utilization of human technology both in hardware and software, we can acquire animals and plants' natural ability to sense the environment changes and fused that ability into future human technology. This will foster a symbiosis between human, animal and plant, reforming the interaction between all living entities thus preserving the sustainability of the environment and human being.- Albert Wu

Yang kat ataih tu adalah cerita untuk Imagine Cup 2010. Kali ni untuk Imagine Cup 2011 beliau dah buat satu video animasi untuk pertandingan  tu. Tapi untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya beliau perlukan undian kita.

OK. Atas semangat 1Malaysia saya ingin menyeru marilah kita sama-sama vote video beliau. Sebab beliau la satu-satunya rakyat Malaysia yang join video competition ni.Tak susah pun. Tak sampai seminit! Rank ikut berapa bintang nak bagi- bagi email- bukak email- verified. Settle! =P

JOM LAH VOTE BERAMAI-RAMAIIIII
KATA SUPPORT~





Thursday, October 7, 2010

Pink Shopping Night

 
Kalau la saya penduduk KL mesti saya bakal p sana selasa ni. 
HAIHHH