Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

Saya Sedih

Lantas tak buleh tidoq.
Sabtu ni depa nak balik dah.
Huuuu Sedihhhhh

Hat yang dua kiri tu nak balik Aussie dah. Nasib baik hat tiga kanan tu masih kekal kat sini

Sedihhhhhh

Tuesday, September 28, 2010

Fahrin Bercinta Dengan Adeline???

Tak kan?????
Daripada bercinta dengan Adeline.
Baik bercinta dengan aku.
Ye dak?
HEHEHE
LARIKKKKKK

Sumber: myMetro


Raya Oh Yeah! by Yuna

Mana satu Cinta saya?


Raya Oh Yeah! Yuna 
Berlalu sudah bulan puasa
Masa untuk bersuka ria Oh yeah!
Raikan hari raya Kawan-kawan semuanya happy
Kekasih pulang dari oversea Oh yeah!
Samalah kita nanti Mungkin dahulu terasa sepi Hanya keluarga yang menemani
Tapi sekarang tidak lagi Raya kali ini mungkin berbeza Kerna aku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya ku jatuh cinta di hari raya Oh! Cinta di hari raya Cinta di hari raya
Semangat kita nak bangun pagi Pakai cantik-cantik hari ini Oh yeah
Nak jumpa somebody..
Rumahku dihiasi indah Senyum hingga hujung telinga Oh yeah!
Tunggu kekasih hati Syawal kali ini ku tak sabar Hati terasa berdebar-debar Oh yeah
Diri sudah berpunya Raya kali ini mungkin berbeza Kerna aku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya ku jatuh cinta di hari raya Ohh!
Cinta di hari raya ...

Ini barulah Cinta di Hari Raya =)

MAGIKA Anyone? =)


Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Life


And I want to play this

And having so much fun with this!

=P
Thank You DiGi!!!

Are You One of The Marcellos' Followers?

Morning Gorgeous!
Ho.. Aizul study Town Planning jugak??
 Get your Utusan today =P

Sunday, September 26, 2010

1 2 3 4 - Bittersweet


Cool Song.
The title reminds me about Mambo No.5 haha!
But it's totally above the expectation.
Love it!

DiGi iPhone 4 Real

DiGi always the smarter choice. That's why I really love the DiGi iPhone 4 Plans. What I love the most? Of course la I love the super money saver promotion by DiGi!!!! DiGi gives you the lowest price RM58/month for the monthly fee.


That's not all. You can own your own iPhone 4 with the cheapest price in town with DiGi for only RM290. That means you can save up to RM2000*. Wow! Totally drooling!!!

Have you decide yet? I've decided. Only Digi Plans is the best choice for my iPhone 4.
For more info please log on to DiGi iPhone =)

Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Play

I always dreams that i could play a guitar someday. But I've never had a chance to learn it before. HAHA That's so called berangan is always stick in my mind. Love to see Yuna & Finn Jamal playing their guitar & create their  lovely catchy melodramatic songs. Sangat jatuh cinta. Haihhhh I'm waiting for the moment.

Hanya mampu buat muka-aku-hebat-ko-pehal? sambil peluk gitar jaaaaa
But now with Guitar Toolkit in iPhone 4 I could have my own guitar & could learn to play it without hurting my fingers! Sumpah teruja gila! Now is berangan of compose my own song & sing it!!!

Guitar Toolkit by Agile Partner
That's not all. iPhone 4 also got karaoke application too it's call Glee Karaoke. So I can sing all day long & feel sound like a star singing songs from Glee!!! No need to go to the Karaoke Box anymore =P Dalam bilik pun buleh nyanyi. yessss

Glee Karaoke by Smule
Let's berangan from now on to own iPhone 4.
Of course i'll choose iphone 4 from Digi.
Because it's always the smarter choice.
Don't you think so? =)


Katy Perry sings "Hot N Cold" with Elmo on Sesame Street!


It's kinda cute. But too much boobies exposed for the kids. 
OK kids if you're insist to enjoy this song please close your eyes & have a great time with the song!!!! =P

Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me


 

Zaman Friendster adalah Zaman Kurus. Zaman Facebook Pula adalah Zaman Gemok Akakkkkk

Baju tetap sama tapi saiz badan lain². Keciwa!

Jadi penduduk Malaysia sekelian.. Harap maklum la bahawa Kak Wan juga pernah kurus suatu ketika dahulu. Doakan Kak Wan kembali kepada saiz tersebut dalam masa yang singkat. Kalau buleh esok jugak Kak Wan nak kuruih seperti pada tarikh 9/9/2007 tu. Bai!

Thursday, September 23, 2010

Are You Moist Enough?

Try gores lengan anda. Ada garisan putih tak? Mak saya kataaa garisan putih tu jadi sebab kurang ayaq (read: air) dalam badan. Tapi sebenaqnya bukan  saja kurang ayaq dalam badan, tapi jugak sebab kurang makan makanan berkhasiat. Sebab tu la kulit kering tidak bermaya dan kusam kurang cantik kerana tidak mempunyai kelembapan yang cukup.

Nak kulit yang sihat dan cantik kena la makan makanan yang seimbang. Sayur itu adalah penting. Buah jugak adalah penting. Tapi saya selalu abaikan kedua-dua jenih makanan tersebut. Kadang-kadang makan. Kadang-kadang tak makan. Tapi ok la kan makan jugak daripada ada sorang makhluk Allah yang langsung tak makan sayoq tu kan? Nak tau sapa? Tak yah tau la.. Tapi kalau nak tau jugak nanti kita bergosip-gosipan di ruangan lain ok? Ruangan kali ni cuma nak bincangkan bagaimana nak dapat kulit yang cantekness.. gebuness & hebatness =P

Selain sayoq dan buah yang bagi nutrient penting untuk kecantikan kulit.. minum ayaq 8 gelas sehari adalah kewajipan untuk memastikan kulit sentiasa segar, lembap dan ceria. Buleh ka masukkan ceria dalam segmen ni? Buleh la kan? Bila kulit segar dan cantik dan lembap, pastinya kita akan ceria. Berbalik semula kepada manusia yang tak makan sayoq dan buah tambahan pulak kurang minum air. Pastinya hidup beliau penuh dengan keperitan akibat sering sembelit dan mengalami masalah kekeringan kulit yang sama seperti tanah-tandus-di-padang-pasir. Keringgggg Kesiaaannnnn

So, are you moist enough? Macam mana nak dapatkan kulit yang cantekness.. gebuness & hebatness halus-mulus seperti bayi yang berusia 8 bulan? Pastinya losyen la yang menjadi pilihan utama untuk menjadikan kulit kita cantekness.. gebuness & hebatness halus-mulus seperti bayi yang berusia 8 bulan kan? Memang pilihan yang bijak! Sebab losyen buleh menyihatkan dan mengembalikan kelembapan kulit anda.

Tapi ramai yang silap bila  pilih losyen kan? Disebabkan terlalu mahukan kulit sehalus bayi yang berusia 8 bulan maka beliau pun telah membeli losyen bayi untuk dilumur seluruh badan beliau. Isk. Silap tu! Silap! Kita selaku insan yang dah dewasa tak buleh pakai losyen bayi OK? Keperluan kulit kita tak sama dengan keperluan kulit bayi. Kulit kita memerlukan nutrient yang lebih tinggi dari kulit bayi.

Jadinya, macam mana nak dapatkan kulit idaman setiap gadis di serata alam ni? Kepada insan yang macam saya yang jarang makan sayoq ni jangan risau k? Tak perlu makan sayoq berkati-kati sehari untuk kembalikan nutrient dalam badan. Tak perlu pakai losyen bayi berbotol-botol sehari untuk dapatkan kulit idaman...sebab Vaseline baru launch Amazing Skin Campaign yang khas untuk para wanita macam kita yang pentingkan kecantikan kulit. Vaseline yang pakar ni jugak tau yang jenis kulit setiap insan di dunia ini adalah berbeza, makanya Vaseline dah buat 4 jenih losyen badan untuk kita iaitu Total Moisture, Healthy White, Intensive Rescue dan Aloe Cool & Fresh. 

Dengaq nama pun dah cukup teruja! Yang pastinya saya lebih teruja sebab bila pakai rangkaian losyen dari Vaseline ni ialah kulit akan sentiasa kekal lembap tanpa rasa melekit. Faham kan apa yang saya cuba terangkan di sini? Bagus! =)  Sudahlah tidak melekit, bau pulak sangat manis (read: sweet) memang sangat sesuai menjadi peneman harian. Tak kira la di pejabat, di kelas, di saat menonton TV, di saat mengemas rumah-sapu-sampah-mop-lantai-pasang-langsir mahupun di atas katil, Vaseline adalah yang terbaik!

So, kepada pemilik-pemilik losyen bayi yang telah dinyatakan di atas sila la pulangkan losyen bayi tersebut kepada bayi yang memerlukan.  Sedekah la losyen bayi tersebut kepada bayi anda sendiri atau bayi saudara anda atau bayi rakan anda. Sila dapatkan Vaseline Amazing Skin anda sekarang. Jom!



Simpulan Shawl Baru Sempena Raya.

Walaupun raya kurang meriah. Namun tetap vogue OK? Secara tidak semena-mena di pagi raya saya tersimpul kasih shawl dengan kaedah baru. OK bagi orang lain dah lama. Bagi saya adalah baru sebab saya tak penah guna anak tudung syria yang selama ni saya ada sebab saya faham muka saya. 

Muka saya adalah amat bulat bila mengenakan anak tudung tersebut. Tapi pada pagi raya tersebut saya menemui keajaiban. Saya Suka. Lantas saya pakai kaedah tu sampai la. Dan bakal pakai kaedah tersebut sampai jemu. 

Mulut turut tersenyum simpul. Harap maklum. Ini bukan gambaq pagi raya.
 
Jom beli anak tudung syria sampai cukup kaler pelangi. Mau? =P

Wednesday, September 22, 2010

Raya 2010 Macam Kurang Meriah Jaaaaa

Mungken sebab insiden Maktok saya masuk wad 2 hari sebelum raya hari tu mengakibatkan raya saya tahun ini kurang meriahnya. Walaupun saya bukan cucu yang baik sebab tak penah temankan beliau kat wad tu walaupun ada sistem gilir-gilir. Tapi saya rasa memang patut pun saya tak p. Satgi kalau saya p saya tak tau sapa yang kena jaga sapa sebenaqnyaaaa So better bagi kepada yang lebih pakar menguruskannya kan? HEHEHE

Tiba-tiba rasa macam jadi cucu derhaka sebab gelakkan Maktok saya tu. Dak. Dak. Tak mau jadi deraka. Tak gelak dah ok. Sebenaqnya Maktok saya cuma terkejut sebab tukaq ubat lelah baru jaaa sebab tu beliau demam. Maybe nak amik masa nak sesuaikan diri. Seminggu jugakla demam. Last-last PakNgah saya paksa beliau masuk hospital. Jadinya beliau pun menurut sahaja.. Lantas beraya di hospital teruih laaa satgi kalau balik beraya kat umah bertambah-tambah pulak penyakitnya.

Maktok sebelum tamat Syawal ni cepatla sembuh. Nanti buleh kita raya lagi sekali. Eh! HEHEHE

Empat Rakan


Bila lagi agaknya kita buleh begambaq lagu ni? Selalu keluaq korum ni cukup-cukup ja. Tapi selalunya kurang satu. Dan jarang² tinggai dua ketui saja manusia. Bila dah keluaq secara berlima barula buleh dapat gamaq berempat ni.

Tapi sem depan mungken dah tak buleh amik gamaq berempat ni dah. Sebab salah-sorang dalam kumpulan foto ini akan grad. Taniah la sebab bakal grad sem ni! Sem seterusnya mungken giliran saya & lagi sorang ahli kumpulan foto ini. Maka tinggallah lagi sorang anggota yang kekal di pulau ni untuk mencari nafkah zahir & batin.

Love you guys!!!

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya!

Entry pertama dalam bulan Syawal. Kagum!

Wawan rindu ampa semua. Tapi kadang² rasa macam lupa daratan diri plak sebab cuti raya selama dua minggu tanpa henti. Best weh raya! Motif utama mesti la sebab tak dak laptop. sebab tu la belog lama tak ber-update. So nak online kat mana kan? Makanya.. sesekali singgah la kat cc sat nak check perkembangan belog saya. Tapi saya tengok belog saya tak berkembang pun.. Saya ja yang maken mengembang. Bila nak mengecut ni???

Tengok la Banjaran Gunung Himalaya Statistik tersebut!
Statistik sepanjang raya amatlah jatuh tergolek dengan jayanya sekali sampai satu masa tu rasa macam tak mau berbelog dah. Rasa macam tak penah ada belog sebelum ni. Rasa macam tak penah kenai apa tu belog. Kan? Apa itu belog sebenaqnya??? Sapa-sapa yang pakar tolong explain satttttt

***Sila amik perhatian. Saya sedang dalam keadaan kurang waras. Tidoq petang tadi sampai lepaih Asaq. Ni la natijahnyaaaa. Bai!

Tuesday, September 7, 2010

Raya dah Nak Dekat.

Alhamdulillah kita dah nak dekat sebulan posa. Walaupun saya ni tak berapa penuh puasa tapi ok la kan? Puasa jugakkk HEHEHE Pompuan wajarlah puasa tak penuh kan? Sang Lelaki jangan dengki sangat kot? =P

Langit Ramadhan betui-betui buka pintu rezeki untuk saya kali ni. Alhamdulillah minggu lepaih saya baru dapat tau yang saya dapat pinjaman Negeri Pulau Pinang untuk setahun. Tetap bersyukur walaupun dapat setahun sebab sem depan tak payah nak susah² pikiaq kaedah bayaq yuran dah. Alhamdulillah!

Rezeki bergolek lagi bila dapat tau yang saya salah sorang pemenang untuk peraduan Ulang Tahun Toshiba. Yay! Thanx kepada semua yang sudi 'Like' gambaq saya =) Saya menang Hard Disk Toshiba 320GB HDD Kalau buleh share dah lama saya kerat 10 bahagi kat orang-orang yang 'Like' gambaq tersebut. Tapi dah tak buleh nak buat cane kan? Terpaksalah saya menikmati hadiah tersebut sorang-sorang (=P) Thanx lagi sekali!

Nampak dak nama saya tersebut? Nampak kan? Nampak kan? =P
OK golekan tak abih lagi. Kali ni golekan mengena kat contest Watsons pulak. Saya berjaya dapat voucher duit raya bernilai RM50 daripada Watsons Malaysia. Untuk makluman semua.. contest apple yang saya mintak ampa 'Vote' tu tak menang pun.. Contest lain plak yang menang. HEHEHE

Kat sini pun ada nama saya. Siap ada ucapan tahniah lagiiiii
Selamat Hari Raya semuaaaa Mintak Ampun Maaf kalau ada terkasaq bahasa.. terguris baca apa yang saya tulih kat sini. Lawak bodoh tak bertempat asyik dok gelak jaaaa Jumpa lepaih raya k? Insyaallah =)
Wassalammmm


Monday, September 6, 2010

Mahu Menonton Konsert Datuk Siti Nurhaliza Secara Percuma?

Kali ni bukan konsert Datuk Siti yang kat Astro di hari raya secara marathon tu ok? Kali ni saya nak cakap pasai konsert Datuk Siti kat Penang. Beliau bakal adakan konsert kat Penang secara percuma pada Hari Malaysia, 16 September 2010 nantiiii

ct Pictures, Images and Photos
Siap jahit baju sendiri lagiiiii

Bergegar lah Penang hendaknya! Mak aku nak p dak? HEHEHE

iTalk Bagi Duit Raya

Biaq betui. Tak larat nak tenyeh mata dah lepaih baca iklan tersebut. 10 kali tenyeh pun dok nampak benda yang sama. Thank you iTalk! iLove u so strong lah! Buleh la gayut dengan kekasih hati time sahur macam iklan raya TM tapi kena bekal kuih laaaa baru simangat! Sambil sembang sambil kunyah. Sembang. Kunyah. Sembang. Kunyah. Sedaq-sedaq azan. Tak dan minum ayaq weh! Kredit pulak tak abih-abih. Sambung sembang sampai malam raya. Yaaaa hyperbola di situ. Jangan percaya!

Promosi. Promosi.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni iTalk secara berbesaq hati telah memberikan 20% kredit tambahan kat sapa yang topup kad iTalk  beliau. Diulang lagi sekali. 20%! Banyak kan? Kalau shopping raya dapat diskaun 10% dah sengih sampai telingaaaaa Ni kan pulak dapat 20%. Cuba bayangkan kadar sengihan saya. Haha.

Kalau ampa topup RM50 ampa dapat tambahan RM10. Wow! Tambahan secara otomatik ok. So nanti tak payah la nak buat-buat tekejut bila tengok balance jadi RM60! Kalau topup RM30 dapat tambahan RM6 dan kalau topup RM20 dapat tambahan RM4. Best! Best!

Dan nak tambah best tu berkali-kali ganda lagi.. La ni kita dah buleh shopping barangan TM online guna kad iTalk jugak. Nak beli apa? Games? Ringtones? MUTV untuk penggila Manchester United pun buleh jadi ahli kat sini ok??? Buleh tengok game ManU serendah 33sen. Hebatnya!  Semua buleh guna kad iTalk. Menarik bukan??? Singgah la sini kalau nak shopping >>> BlueHyppo, Hypptunes, Hyppgames, MUTV.

Cepat-cepat topup kad iTalk ampa. Promosi berlangsung dari 1 September sampai 31 Oktober 2010 saja. Selamat Hari Raya!!! =)

Friday, September 3, 2010

Formspring: Lokasi RMY Bundle. Bundle Termurah Di Abad Ini!

hi,bole x wana nk tau kat mana rmy bundle ni ye? boleh detail x tmpat dia kat mana..tq

Baguih wana ni.. siap tinggalkan email address lagi. Tapi saya tak buleh nak paparkan la email beliau secara umum di sini. OK nanti saya email cik sedari untuk maklumkan lokasi RMY Bundle tersebut naaaaa Tapi sebelum tu mai la saya nak share lokasi kedai bundle tersebut dengan ampa yang lain.. Kalau ampa nak tau laaaa Tapi memang ramai yang berminat pun. Sejak saya buat entry Jalan Jalan Cari Bundle: Murah Gila kat belog hari tu.. Dah ramai tanya saya lokasi kedai ni sebenaqnya

Kalau nak senang p RMY Bundle ni.. ampa kena guna BKE (Butterworth-Kulim Expressway) kena tol RM1.60 ja lepaih tu keluaq kot exit Kubang Semang. Kona kiri p guna jalan nak p Summit Bukit Mertajam. Dulu kalau p Summit kira hebat laaa tapi lepaih naik Pacific teruih Summit jadi tempat lepak para pendatang. Kan aku dah melaluttttt

OK sambung dengan RMY Bundle ni. Kedai dia belah kiri ok. Memang tepi jalan ja.. Memang senang nampak. Mesti jumpa punya laaaaa. Mai nak bagi map. Mintak² la ampa paham.. hehehe

Jalan menuju ke RMY Bundle

Minggu lepaih saya dan angkatan tentera telah menyerbu ke RMY Bundle lagi sekali. Setelah penat cari. gelak. try. gelak. gelak. gelak. Akhirnya kami berlima- Saya, Bae, Karem, Yaya & Alip berjaya dapatkan sebakui besaq baju.. cardigan.. jaket & suspender yang besamaan dengan 2beg plastik sampah hat besaq tu.

Tau dah berapa harga? Total kami shopping hari tu ialah RM20! Bila dibahagi-bahagi kami kena bayaq sorang RM4 sajaaaa Oh! Sangat berbaloi-baloi! Saya Sangat Sukaaaaaa

Inilah hasilnya.. 3 jaket & 1 cardigan!
Puaih hati dengan hasil shopping hari tu.. kira sehelai jaket saya berharga RM1! Mana nak dapat harga tersebut selain dari di RMY Bundle? HEHEHE

Walaupun berniaga macam buat amal jariah jaaaa tapi tokey kedai ni dah berkali-kali p umrah OK? Berkat buat baik dengan orang kot.. kan? Kalau ampa bernasib baik.. Sapa yang shopping kat RMY Bundle ni En. Tokey Kedai bagi kuih raya free lagiiii Baik sungguh la beliau ni. So apa lagi? p la shopping kat sana! - Sumber: Jumie Samsudin

Selamat Berpuasa =)
Lagi seminggu nak raya. Yay!!!


Wednesday, September 1, 2010

Formspring: Kutip hutang

Kazen saya telah meminjam Wang dengan saya.tapi sekarang dia tidak mau membayar balik Wang saya dengan alasan tiada suit.mac na saya mau buat sekarang ni?


Money Pictures, Images and Photos
Duit. Duit. Duit. Haih!

Amik kad bank beliau. Hold kad tersebut selagi beliau tak bayaq hutang anda. hehehehe Kalau nak lebih dramatik, bagitau la kat mak beliau. Kalau mak beliau adalah baik, mesti kamu dapat balik duit yang dipinjam tu- sebab mak beliau tolong bayaq. tu pun kalau laaaaa Kalau mak dia buat kering ja memang nasib laaaa

Sebelum tu nak tanya. Berapa banyak yang beliau hutang?

Step Up 3

Saya tergedik-gedik manja nak tengok Step Up 3 lepaih tengok Madd Chadd- Robotic Rock ni kat Facebook dulu.


Lepaih dah tengok Step Up 3 teruih over gedik nak tengok Step Up 3 3D pulakkkkk tapi kat Penang tak dak lagi Step Up 3 3D. Isk! Ni semua Avatar 3D punya pasai.
step up Pictures, Images and Photos
Sumpah beliau adalah 1000x lagi hensem dari Edward Cullen. Eh!

Motif????