Dalam banyak² soalan.. kenapa soalan ini yang harus diajukan? Soalan sensentap niiiii Ok.. baiklah.. di sini saya ingin menyatakan
berat badan saya adalah sangat berat!!! rasanya saya tau la sapa yang tanya soalan ni.. adakah kamu En. Abg.K.????
Memandangkan berat badan saya sangat berat.. maka saya telah ke premis berkenaan iaitu Marie France Bodyline.. thanx to
RedMummy sebab bagi peluang saya merasai nikmat environment menjadi
Umie Aida (kan
beliau dah jadi duta Marie France Bodyline) di dalam premis berkenaan.. hehehe
 |
| Siap dapat goodie bag & voucher RM300 dari MFB =) |
Sebenarnya bengkel tersebut dianjurkan sempena Hari Ibu yang lepas kepada ibu-ibu yang pantas meng'e-mail'
RedMummy.. tapi saya tak tau pun syarat tersebut.. saya baca Twitter
RedMummy hari tu terus email.. tengok² saya terpilih.. 2hari sebelum baru saya tahu yang bengkel ini adalah untuk ibu-ibu
ok fine.. badan aku memang macam ibu anak lapan T.T
Dalam bengkel tu dorang ajaq macam mana nak buang toksin dalam badan.. saya rasa semua orang patut try benda ni walaupun saya sendiri tak try lagiiii =P
Tau tak kenapa kita perlu detox badan kita? first skali mesti la sebab nak kurangkan berat badan & singkirkan lemak berlebihan.. lagi sebab nak bagi kulit kita berseri macam Puteri Cendana.. amboi.. lawanyaaaa nak tau lagi? sebab kita nak lambatkan proses penuaan.. menarikkan? tapi sebenaqnya ada banyak sebab lagi pasepa kita kena detox.. nak tau lebih lanjut sila la google sendiri na? =P
Ini adalah teknik detox dalam masa 5 minggu.. untuk mengembalikan kecerdasan & keluarkan toksin dari badan:
minggu pertama: makan makanan yang tidak bergula
It is no.. no.. no.. to nasik ok? Cubalah makan oat.. wholemeal bread & biskut wholemeal.. kalau minum pun tak buleh letak gula.. teh ka.. kopi ka.. semua tak buleh boh gula tau!
minggu kedua: makan sayur-sayuran hijau & segar
Minggu kedua ni kita kena makan sayoq je tau? breakfast sayoq.. lunch sayoq.. dinner sayoq.. amacam? ade bran? =P
Sayoq ni plak tak buleh digoreng.. either dikukus.. dibuat sup atau buat salad sahaja.. haaa kalau nak buat salad pun jangan la letak mayonis melimpah-limpah ok? itu bukan detox dah nama dia!!! Tomyam sayoq pun tak buleh makan.. sebab.. tom yam adalah kaya dengan minyak.. faham? =)
minggu ketiga: mari kita makan buah-buahannn
Tak kiralah buah-buahan tempatan ka.. antarabangsa ka.. janji buah! buah yang buleh dimakan je ya? buah lain adalah dilarang sama sekali!!!
Buah yang disarankan makan adalah guava.. oren.. & buah lain yang banyak kandungan air untuk mengelakkan dehidrasi.. buah epal sangat sesuai dimakan time dinner sebab buah epal tak banyak sangat kandungan gula.
minggu keempat: roti.. mari makan rotiiiii
Minggu keempat ni silalah makan roti secara bersungguh-sungguh ok? roti dapat membekalkan tenaga.. menggantikan nasik!
minggu kelima: kekalkan diet yang sihat!
minggu kelima ni adalah minggu terakhir untuk detox.. so dalam minggu ni kita kena gabungkan makanan-makanan di atas untuk dijadikan menu harian =)
Yang paling penting sepanjang hari kita mestilah minum 8gelas air putih ye puan-puan.. untuk segarkan badan & flush semua bahan yang tak diperlukan dalam sistem badan kita ni
Dah bacakan kaedah detox tersebut? susahkan??? sebab tu saya tak buat lagiiii kalau la kita terbabas di minggu yang ketiga.. kita kena start balik dari minggu yang pertama tu.. tak buleh main skip-skip na? kena buat secara berterusan lima minggu berturut-turut!
Tapi harus diingat.. diet tu bukanla tak bagi kita makan nasik langsung.. dalam seminggu ada 7hari kan? so 4hari kita jalankan aktiviti detox ni.. 3 hari kita buleh makan macam biasa.. tapi small portion je la.. janganla tibai sampai 2-3 pinggan nasikkkk
Detox ni dinasihatkan dibuat kalau kita tak banyak buat keja berat.. ha la.. dah la tak makan nasik kan? nanti bekalan tenaga nak mai kot mana? satgi pengsan tengah dok buat keja haru plak.. kan dah menyusahkan diri-sendiri? hehehe.. so kepada pelajar universiti & kolej yang tengah menikmati cuti yang panjang ni buleh la detox kan badan anda.. banyak minggu lagikan cuti? luangkanlah masa 5minggu untuk aktiviti berkenaan =)
 |
| TQ RedMummy sebab benarkan saya sertai bengkel ni =) |
 |
| Puteri kesayangan RedMummy-Gegirl |
 |
| Mereka semua adalah ibu-ibu ya puan-puannnn |
 |
| Baizura adalah peserta bengkel yang bertuah.. dapat buat treatmet di perut |
 |
| peserta lain termasuk saya dapat try kat tangan jaaaaa |
Terima kasih kepada Cik Anonymous yang bertanya di formspring saya.. kalau beliau tak tanya.. saya pun tak tau cane nak mulakan entry ni =)