Tuesday, October 19, 2010

Kak Wan Kena Jadi Pengacara Jalan-jalan Cari Makan Mungken.

Sejak dua-menjak ni memang selalu sangat jumpa kedai makan best. Dan kepantangan bila berjumpa mesti la mahu rasa. So barulah buleh bagi keputusan sama ada betui ka makanan di kedai tersebut adalah best ke tak kan? Naseb baik Kak Wan ada kawan-kawan yang sealiran. Yang suka makan jugak. Masalahnya kami makan ramai-ramai. Tapi Kak Wan gemok sorang-sorang. How? Demmmm

Ampa mesti la sedia maklum kan, Penang ni syurga makanan. So kalau ampa tak suka makan better jangan dok Penang. Pindah la dok negeri lain, bayangkan betapa syurganya Penang sampai kalau makan nasi kerabu yang asal dari Kelantan pun sedap? Tu makanan rasmi negeri lain, bukan makanan rasmi negeri  Penang lagiiiii Kagum dak? Kagum dak? OK fine, nasi kerabu yang sedap tersebut adalah hasil dari air tangan orang Kelantan jugak~

Selain nasi kerabu tersebut apa lagi yang sedap Kak Wan?  Apa yang sedap??? Of course la char koey teow. Pusing satu Malaysia pun takkan jumpa char koey teow yang macam kat Penang ni ok? To be specific mesti la Char Koey Teow Adam, Permatang Pauh. Selalu sangat promote rasa malaih nak letak gambaq char koey teow tersebut dah kat belog ni. HEHEHE

Selain tu apa Kak Wan? Selain tu? Hmmm ampa suka makan nasi tomato dak? Hat ni memang sumpah sedap. Kedai ni kat Little India, nama kedai Tajuddin Hussain. Tag line kedai tersebut ialah- MAKAN SILA DUDUK BUNGKUS SILA BERATUR. LOL! Portion dia memang banyak ok? Tapi good fact about this food, depa basuh beras tu sampai 10 kali ok? So memang tak dak kanji la dalam nasi tomato dia ni. Memang makanan yang sehat dan menyelerakan!

Nampak dak tagline tersebut??? HAHAHA
Leni macam pikiaq 10 kali sebelum makan nasik ni. Dok pikiaq buleh abih ka dak.
P 4 orang tapi order untuk 3 orang ja. Sebab takut tak abih- portion dia besaq sangat.

Lagi? Apa lagi yang sedap Kak Wan? Ampa penah makan kat Padang Brown dak? Kak Wan sem ni baru first time p. Dulu kawan Kak Wan memang dok habaq dah, makan pasembor kat sana memang lagi best dari makan kat Padang Kota. Pasepa lagi best? Haaaa mesti la pasai harga yang jauh beza & cara depa layan customer. Kak Wan memang tak suka p kat tempat makan yang hingaq (read: bising) sampai tak tau nak order apa sebab pelayan dia sangat kalut nak berebut customer. Sekian! Jadi, penyelesaiannya, p la Padang Brown. Happening OK tempat ni kalau malam². Gerai yang dok ada memang bukak secara full. Memang bukak dari hujung ke hujung. Pilih ja nak makan apa.

Suggestion Kak Wan? Mesti la makan kat gerai Chelor-Chelor. Nak makan steamboat jimat mai la sini. Secucuk Seringgit* sajaaaaa Tapi air yang dia guna tu air kosong je la. Mungken kalau ampa nak lagi sedap ampa buleh bawak perencah tom yam kaaa perencah sup ampa sendiri. Tapi ok la kan? What do you aspect  from a cheap stall. Tak yah la nak demand lebih². Nak lebih² yang LEBIH, sila la p Seoul  Garden =P Makan kat Seoul Garden adalah sekepala RM30 kan? Tapi kalau kat sini ampa makan. makan.  makan. chelor. makan. chelor. makan. chelor. chelor. chelor. makan. makan. makan. makan. chelor lagi. makan lagi. total up semua adalah lebih kurang RM50++ Lepaih tu bahagi dengan 7 orang makan. Tak sampai RM10 pun ok??? Jimatttttttt

Harga ikut kaler lidi. Tapi kebanyakannya secucuk seringgit jaaaa
Rombongan pertama ke Chelor-Chelor
Rombongan kedua ke Chelor-Chelor
Selain dari Chelor-Chelor, ada gerai dessert yang superb jugak kat sini. ABC, Lai Chi Kang & Air Markisa Kelapa kat gerai tu memang sedap. Tak lupa jugak Bubur Chacha. Lepaih makan buboq chacha buleh la menari chachacha. Tapi hang menari ker???

Buboq Chacha. Chaaa hang kena mai try makan buboq chacha niii baru la kena dengan konsep Shasha Bee hang!
ABC & pasemboq!
Lai chi kang & Sup kambing!
Makan. Makan. Makan

Banyak lagi tempat yang Kak Wan tak bawak kawan² Kak Wan p sebenaqnya. Antaranya adalah kedai roti canai yang dekat dengan office Utusan  Malaysia kalau tak silap. Kalau nak makan roti canai kat situ kena stand by kui 5 pagi ampa tau dakkkk Bayangkan kat situ kui 6.30 pagi kedai dah full. Kena tunggu turn nak duduk. Kena beratuq kalau nak order! Phewwww Nanti Kak Wan bawak ampa naaaa tapi kena bangun awai la. Sanggup ker???? =P

Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati. Bai!

Picture credit to Liani & Umi
Yang mana ada watermark tu picture sendiri ( perlukah mention di sini?)
=P
Post a Comment