Friday, September 3, 2010

Formspring: Lokasi RMY Bundle. Bundle Termurah Di Abad Ini!

hi,bole x wana nk tau kat mana rmy bundle ni ye? boleh detail x tmpat dia kat mana..tq

Baguih wana ni.. siap tinggalkan email address lagi. Tapi saya tak buleh nak paparkan la email beliau secara umum di sini. OK nanti saya email cik sedari untuk maklumkan lokasi RMY Bundle tersebut naaaaa Tapi sebelum tu mai la saya nak share lokasi kedai bundle tersebut dengan ampa yang lain.. Kalau ampa nak tau laaaa Tapi memang ramai yang berminat pun. Sejak saya buat entry Jalan Jalan Cari Bundle: Murah Gila kat belog hari tu.. Dah ramai tanya saya lokasi kedai ni sebenaqnya

Kalau nak senang p RMY Bundle ni.. ampa kena guna BKE (Butterworth-Kulim Expressway) kena tol RM1.60 ja lepaih tu keluaq kot exit Kubang Semang. Kona kiri p guna jalan nak p Summit Bukit Mertajam. Dulu kalau p Summit kira hebat laaa tapi lepaih naik Pacific teruih Summit jadi tempat lepak para pendatang. Kan aku dah melaluttttt

OK sambung dengan RMY Bundle ni. Kedai dia belah kiri ok. Memang tepi jalan ja.. Memang senang nampak. Mesti jumpa punya laaaaa. Mai nak bagi map. Mintak² la ampa paham.. hehehe

Jalan menuju ke RMY Bundle

Minggu lepaih saya dan angkatan tentera telah menyerbu ke RMY Bundle lagi sekali. Setelah penat cari. gelak. try. gelak. gelak. gelak. Akhirnya kami berlima- Saya, Bae, Karem, Yaya & Alip berjaya dapatkan sebakui besaq baju.. cardigan.. jaket & suspender yang besamaan dengan 2beg plastik sampah hat besaq tu.

Tau dah berapa harga? Total kami shopping hari tu ialah RM20! Bila dibahagi-bahagi kami kena bayaq sorang RM4 sajaaaa Oh! Sangat berbaloi-baloi! Saya Sangat Sukaaaaaa

Inilah hasilnya.. 3 jaket & 1 cardigan!
Puaih hati dengan hasil shopping hari tu.. kira sehelai jaket saya berharga RM1! Mana nak dapat harga tersebut selain dari di RMY Bundle? HEHEHE

Walaupun berniaga macam buat amal jariah jaaaa tapi tokey kedai ni dah berkali-kali p umrah OK? Berkat buat baik dengan orang kot.. kan? Kalau ampa bernasib baik.. Sapa yang shopping kat RMY Bundle ni En. Tokey Kedai bagi kuih raya free lagiiii Baik sungguh la beliau ni. So apa lagi? p la shopping kat sana! - Sumber: Jumie Samsudin

Selamat Berpuasa =)
Lagi seminggu nak raya. Yay!!!


Post a Comment