Lamanya tak buat kelaih Bahasa Utara niiiii sempena Hari Raya yang bakal menjelang eloklah saya adakan satu sesi pembelajaran kan? Kelaih ni adalah khas kepada perantau-perantau di kota yang bakal pulang ke desa berhari rayaaaa
Seperti biasa kita akan belajaq 5 kosa kata yang pendek berbantukan alat bantu belajaq seperti gambarajah atau video. OK mari kita mulakan
1. Ghelah
Maksud: Terkoyak
Contoh ayat: Bukak posa satgi jangan makan banyak sangat. Ghelah kain satgi!
2. Ghunaih
Maksud: Kumpil, Kutil
Contoh ayat: Nak tengok TV tengok laaa yang tangan dok ghunaih kusyen aku tu
pasepa??
3. Sakan
Maksud: Hebat sungguh
Contoh ayat: Amboi Mak Bee.. Sakan raya tahun ni no??? Semua barang tukaq
baruuuu
4. Toyu
Maksud: Kicap
Contoh ayat: Abg. K hitam macam toyu. LARIKKKKKK
![]() |
| Amboi. Sungguh mengghairahkan! |
5. Raba
Maksud: Pemadam (HAHAHAHA)
Contoh Ayat: Tiap-tiap minggu beli raba. Raba hat dok ada tu p mana abih???
OK. Sila tengok video ini sebagai bahan rujukan tambahan.
Bai. Jangan lupa prektis OK? =)



7 comments:
i loike. tapi aku geli perkataan nih "ghunaih". haih.
betoi ka raba tu pemadam?
haha.kak wawan.tak leh tahan yang RABA tu.haha.
kalau org putih lak.. nak pinjam RUBBER... hah tu dah salah tu.tu dikira kondom.haha.
wawan, nak raba hang buleh? hahaha lariksssss
'KIAMAT DAN KEADAANNYA'
http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K...Dan-Mufti-Mufti
Ien: nak buat cana.. ghunaih tu tetap sebahagian dalam hidup kita. dalam kes aku. aku suka ghunaih jerawat. ni la natijahnyaaaa
Lain-lain: Haiiii RABA jadi topik perbincangan hangat nampak??? Bersedia untuk diraba? HEHEHE
raba/rabe masih lg pelat kedah sebutan popular..
cuma dok tunggu2 mana pkataan "tengalung" nih..hehe..
Post a Comment