Friday, August 6, 2010

Jalan-jalan Cari Bundle: Murah Gilaaaaa


Dah lama gila kan saya tak update belog pasai aktiviti harian? Asyik dok boh sari berita penting ja kat sini.. Mungken sebab malaih sangat nak transfer gambaq masuk pc then nak kena letak kat belog ni.. internet lembap menyukarkan lagi keadaan jadi cari gambaq best dalam Photobucket adalah lagi senang! HEHEHE

OK la.. kalau nk dengaq saya beletiaq lagi panjang sila jumpa saya secara face-to-face ok. Kita sembang sampai lebam! =P 

2-3minggu lepaih saya berjaya teman Liani p bundle sebab beliau adalah sangat gian memiliki jaket cantek tapi murah. Buleh?

Mula-mula beliau kuaq dengan Naza depa p Doubt. Petang tu baru saya teman beliau cari bundle kat area seberang ditemani kapel hat lagi banyak cakap dari saya Bae & Karem! Sumpah depa dua orang adalah penghibur.. sampai tak larat nak layan sembang!

Bundle yang disebutkan oleh saya dari tadi ialah RMY Bundle. Senang ja nak cari kedai ni. Kat Kubang Semang, tepi jalan jaaaaa Cakap ja nak apa. Boots? Tshirt? Jacket? Jeans? Hooded sweater? Handbag? Shawl? Jumpsuit? Semua adaaaa

Ini adalah bahagian gantung-gantung

Ini adalah bahagian lunggok²
Yang pasti tak semua orang sanggup pakai baju bundle kan? Tapi saya tau peminat bundle ni ramai gilaaaa Dulu saya pun penggiat mencari bundle jugak. Tapi sejak² dah jarang pakai t-shirt & takdak geng nak cari bundle.. Kegiatan tersebut dah berkubur.. Ni pun baru muncul balik bila Liani ajak hari tuuuuu

Kalau nak cari baju bundle ni kita kena banyak sabaq & rajen. Sebab banyak baju hat yang kita tak bekenan dari yang bekenan.. so kena pilih pelan-pelan.. pilih satu-satu.. Sampai jumpa yang menjadi idaman kalbu.. Kami dok kat kedai tu sampai 2jam kot! Dok pilih punya pilih punya pilih. Last sekali dapat sebakui! Puaih hati!!!

Saat paling best ialah masa bayaq. 2beg besaq ni RM3 sajaaaaaa Bapak Murah!!!
Dan hasil p bundle hari tu saya dapat 2 cardigan.. 2 shawl & 1 beg! Suka! Suka! Suka! Tapi beg tu tak pakai lagi.. tak tau nak pakai bila =P

Yaaaa kedua-dua shawl berkenaan adalah hasil carian di RMY Bundle.

Sekian.

Post a Comment