Friday, June 11, 2010

Kamus Bahasa Kedah & Penang #3

Dah bersedia untuk kelas seterusnya murid-murid? Ok.. kita mulakan sekarang.. iklan sat naaaa ampa tau dak perkataan OK tu berasal dari mana? Kalau nak tau sila la kelik sini >> OK tu sapa yang reka? hebatlah beliau.. satu dunia guna perkataan tu =P

Macam biassa.. hari ni kita belajaq lagi 5 perkataan baru dengan bantuan ayat dan jika perlu dengan bantuan gambarajah saya akan kepilkan di sini yaaaa


1. Kecek (ini bukan bahasa kelantan ya adik-adik)
    Maksud: pujuk/ bodek
    Ayat: Hang nak duit ka? p la kecek pak hang nuuuuu

2. Ghona-ghoni (cuba sebut tengok cik nak dengaq.. lawak sungguh la perkataan tersebut!)
    Maksud: warna-warni
    Ayat: Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia

3. Taboh
    Maksud: pukul/ belasah
    Ayat: Dengaq kata hang kena taboh dek Mat Ali semalam?

4. Kawaq
    Maksud: pencuri
    Ayat: Mak aku habaq semalam ada kawaq masuk umah Peah

Ice Bat Pictures, Images and Photos
Entiti tersebut adalah kelawaq! Bukannya kawaq!!! Harap Maklum =)

5. Sekeh
     Maksud: luku secara sipi
     Ayat: Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!


Anda-anda bukan seperti Sepol di atas kan? Maka dengan itu saya tidaklah akan sekeh anda sekelian.. hehehehe   

Berjumpa lagi di kelas yang akan datang.

.


Post a Comment