Monday, May 24, 2010

Tips Percutian ke Bangkok: Jalan-jalan Cari Makan =P

Huh! Rusuhan di Bangkok dah selesaikan? Buleh la saya nak cerita dengan selesanya pengalamaan saya sepanjang 5hari di sana.. Lambat gila kan saya? nak buat lagu manaaaa sapa suruh si baju merah merusuh lama-lama kat sana.. marah la depa jangan marah sayaaaaa

Tip pertama yang saya nak bagi kali ini ialah mencari tempat makan!

Pentingkan pengetahuan mencari tempat makan yang halal yang orang Islam macam saya ni.. nasib baik la masa p sana kami semua diketuai oleh Mr.JJ si tuan pensyarah yang selalu p Bangkok.. jangan tanya saya pasepa dia slalu p sana.. tapi paham-paham je la apa orang laki selalu buat kat sana kalau bercuti di Bangkok kan? Eh! Saya langsung tak berniat jahat kat beliauuuuu Beliau kata dia suka p Bangkok sebab suka makan kebab kat sana.. apa?? sudah tak dak kebab kah kat Malaysia ni sampai kebab Bangkok yang Mr.JJ ni p cari???

Yang pertama

Beliau bernama Ronald McDonald bukan yang berbaju hitam tu ya? yang kuning yanggg
Jangan tertipu dengan senyuman dan kesopanan dan kesusilaan yang dipamerkan diwajah beliau! Saya singgah ke premis berkenaan hanyalah semata-mata menemani salah-sorang bouncer saya yang kepingin bangettt nak makan McPork! Diulangi lagi sekali.. McPork.. atau dalam bahasa Melayu nya McBa**! Babi betui! kami dua orang tengok ja dia makannnn

inilah rupa McPork tersebut.. dan muka kagum sang Albert terhadapnya!
yang kedua:

nasi ni sangat menyelerakan kan????
Nni la nasi paling halal kat MBK Square! Kenapa paling halal? Sebab nasi ni kepunyaan KFC dan KFC sini kepunyaan KFC Malaysia kalau tak silap saya.. so memang majoriti orang Islam kat sini memang makan KFC termasuklah Cik Receptionist MBK Square.. dari beliaulah kami tau yang KFC situ halal.. sebab dia jugak Muslim macam kitorang yang kelaparan nak makan nasik! Beliau sorang muslim yang hot ok? Albert terkesima melihat beliau.. pasepa saya tak letak gamaq beliau kat sini? ehem! faham-faham je laaaa

Yang ketiga:

ini adalah kebab kesukaan saya
Tapi Mr.JJ tak suka kebab tersebut sebab gerai kebab tersebut betui-betui sebelah gerai sate ba**! faham kan? Saya buat tak nampak ja.. asalkan yang jual tu Islam & halal..

Mr.JJ suka makan kebab kat sini.
Komen saya & Zarep terhadap kebab tersebut: buleh la dari tak makan kan??? Mengalas perut itu adalah penting.. jangan biarkan kosong.. banyak hari lagi kita nak dok sini Kak Wan oiiiiii

Buat gaya sexy back pulok! Ni la gerai kebab kegemaran saya =P
Kedua-dua kebab tersebut buleh didapati di Arab Street. Once masuk situ rasa macam sampai Arab.. penah pulak aku p Arabbbb sebab penuh kedai & orang Arab jaaaa nampak macam kedai mamak pun ada jugak =P

Yang keempat:

Nak cari kedai makan Islam memang payah kat kota Bangkok ni.. tapi sekali jumpa.. memang sedap nak mati! Saya memang salute la kat kedai ni.. buleh survive kat tengah-tengah kawasan bukan Muslim.. nasi beriyani dia juai memang terbaekkkkk kalah yang juai kat Hameediyah.. Subaidah.. Khaleel.. Kayu & Kapitan Nasi Kandaq! Bila orang Penang bagi komen pasai kesedapan nasi beriyani sila percaya ok?

Ni la tuan kedai tersebut
Beliau berasal dari Indonesia.. tapi mungken sebab dah lama menetap kat Thailand, so beliau dah tak reti nak cakap bahasa Indonesia..

Tak pa Puan.. tak reti cakap pun tak pa.. janji makanan itu adalah sedap! heeee

Ada 11menu yang masakan yang ada kat tersbut rasanya.. tapi yang pasti nombor satu tersebut amatlah sedap!
Ni la nasi beriyani tersebut!
Tak pecaya nasi tersebut sedap? sila la tengok hasil peninggalan sejarah kat belakang tu.. yang kat depan yang bertangan tu pulak adalah sup daging.. perghhhh! hat tu pun sedap jugook!
Ni la kedai tersebut.. hee saya memang tak reti baca tulisan tu!
Tapi jangan risau.. kedai tersebut terletak di Kaosan Road.. habaq ja kat En.Pemandu tut tut.. mesti sampai punya lah!
So nanti pada keluaran akan datang saya bagi tips tempat shopping yang menariks pulak ok???

tata titi tutu~


Post a Comment